Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Ayat jika PH ditakdir menang bayangkan semangat PN runtuh'
Diterbitkan:  May 7, 2024 9:12 AM
Dikemaskini: 2:55 AM

Ayat “jika ditakdirkan Pakatan Harapan (PH) menang” seolah-olah membayangkan moral dan semangat Perikatan Nasional (PN) telah runtuh, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), Sabtu ini.

“Ada perkara yang agak menarik, saya membaca laporan media daripada Setiausaha Agung PAS (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) dan kenyataan beliau ‘jika ditakdirkan Pakatan Harapan menang’.

“Jadi ayat itu telah membayangkan bahawa moral, semangat di pihak Perikatan Nasional telah runtuh dan seolah-olah mereka telah hampir sedia mengaku kalah,” katanya menerusi aplikasi TikTok hari ini.

Semalam media melaporkan Takiyuddin mendakwa bahawa kerajaan menyalahgunakan aset untuk berkempen pada PRK KKB dan PN akan memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya sekiranya PH menang pada PRK berkenaan.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS