Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
  • Terdapat maklumat dipinda dalam laporan ini supaya lebih tepat.


Timbalan Menteri Perpaduan Saraswathy Kandasamy membuat laporan polis susulan dakwaan dia mempunyai tunggakan cukai pendapatan hampir RM200,000.

Difahamkan, Saraswathy menamakan bekas Adun Bagan Dalam Satees Muniandy dalam aduannya, yang didakwa bersubahat memfitnahnya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asmadi Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa dia menerima laporan kira-kira 3.45 petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (komunikasi palsu di rangkaian perkhidmatan).

Malaysiakini telah menghubungi Saraswathy dan Satees untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sebelum ini, Saraswathy menafikan dia berhutang RM200,000 dalam bentuk tunggakan cukai pendapatan selama 10 tahun dan menyifatkannya sebagai berita palsu.

Malaysiakini telah melihat dokumen daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memberikan Saraswathy "permit sementara" untuk ke luar negara bagi tujuan perubatan.

Terdapat juga pecahan cukai pendapatan tahunan, dari 2010 hingga 2020, yang dikatakan gagal diselesaikan oleh Saraswathy.

Ahli parlimen PKR itu berkata dia akan menyaman portal berita Tamil tempatan Makkal Osai kerana menyebarkan maklumat salah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS