Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahmad Zahid ucap takziah pada keluarga mangsa pokok tumbang

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur petang tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Zahid turut mendoakan agar roh mangsa yang terlibat dicucuri rahmat dan diampuni segala dosa oleh Allah.

“Pada petang ini kita digemparkan dengan satu berita kejadian pokok tumbang yang diakibatkan oleh cuaca buruk dan angin kencang berhampiran dengan Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, di ibu negara.

“Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana ini. Semoga roh mangsa yang terlibat dicucuri rahmat dan diampuni segala dosa oleh Allah SWT,” katanya.

Pada kejadian kira-kira 2 petang itu, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel, akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS