Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda PH cabar calon PN dedah aset, liabiliti
Diterbitkan:  May 4, 2024 10:23 AM
Dikemaskini: 2:24 AM

PRK KKB | Pemuda PH mencabar calon PN Khairul Azhari Saut untuk mengisytiharkan aset dan liabilitinya, susulan tular dakwaan dia menanggung hutang sebanyak RM37,363 dengan syarikat kredit komuniti.

Ketua Penerangan Pemuda PH Ammar Tan berkata Khairul Azhari perlu membuat pengisytiharan itu demi membersihkan namanya.

"Setelah kontroversi berkaitan kelayakan akademik, Khairul Azhari dikatakan pula berhutang dengan along. Malah dia telah mengelakkan diri apabila ditanya media mengenai dakwaan ini.

"Menurut Mufti Kelantan, amalan meminjam daripada along adalah berdosa dan tindakannya mengelak daripada menjawab merupakan gambaran bagaimana dia akan melayani pertanyaan rakyat Kuala Kubu Bharu kelak.

"Justeru, kami mencabar beliau mendedahkan aset dan liabiliti untuk untuk membersihkan namanya," kata Ammar dalam kenyataan hari ini.

Beberapa hari lalu, media melaporkan Khairul Azhari mengelak untuk menjawab soalan itu ketika ditemui selepas satu ceramah PN di Batang Kali, dekat Kuala Kubu Bharu.

"No comment (tiada komen), terima kasih. Saya perlu ke lokasi lain," katanya ketika itu, seperti dipetik Berita Harian.

Sebelum itu, kelayakan akademik Khairul Azhari dipertikai apabila dia didapati melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana selepas memperoleh diploma pada 2019.

Bagaimanapun Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjelaskan dia memang memiliki sarjana eksekutif pengurusan perniagaan dari institusi pengajian tinggi berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi UMPSA, Ahmad Johari Mohamad, berkata Khairul Azhari melanjutkan pengajian melalui program profesional melalui UMPSA Advanced dan menerima sarjananya pada majlis konvokesyen 2021.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS