• 'Beri kuasa autonomi PKR S'wak pilih calon p'raya'
  • Seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR ke-9 hari ini menuntut agar kuasa autonomi diberi kepada PKR Sarawak bagi menetapkan calon pilihan raya negeri yang akan diadakan dalam masa dua tahun lagi.  
OPINIONS
CARTOONKINI
LETTERS
NEWS
  • Reformasi politik: PKR tuntut BN bersama 'suara majoriti'
  • Sebagai suara majoriti rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menuntut agar kerajaan BN bersama-sama dengan parti itu melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum mengadakan rekonsiliasi politik.  
  • Perwakilan cadang pengerusi SPR pula berhijrah
  • Seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR ke-9 hari ini mencadangkan agar pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar agar berhijrah ke negara lain ekoran penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.  
  • Polis akan rayu keputusan tolak permohonan reman
  • Polis akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan majistret yang menolak permohonan untuk perintah tahanan reman ke atas tiga aktivis pembangkang berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.  
  • Jabatan agama disaran jadi responden kes kahwin muda
  • Menurut Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), cadangan itu bagi membolehkan wakil jabatan agama berfungsi untuk mengemukakan bantahan dan pandangan dalam permohonan untuk perkahwinan melibatkan pasangan bawah umur.  
  • PKR mahu s'jaya baru teliti persempadanan p'raya
  • Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan semula yang didakwanya didalangi Umno dan dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.  
  • Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan
  • NONEMajistret menolak ketiga-tiga permohonan polis untuk menahan reman Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ketua ABU (Asalkan bukan Umno) Haris Ibrahim dan ahli PAS Datuk Tamrin Ghafar.  
  • Azmin sedia berdialog dengan BN...
  • Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau bersedia menjadi orang pertama dalam Pakatan untuk mengadakan dialog bersama BN bagi membincangkan tentang pelbagai isu semasa demi kepentingan rakyat, tetapi bukan bertujuan menubuhkan kerajaan perpaduan.  
  • 'Tingkat usaha bersama NGO bantah penipuan p'raya'
  • NONEdikemaskini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata bantahan terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam proses pilihan raya perlu diteruskan dan dipertingkatkan usaha secara bersama dengan pelbagai NGO termasuk BERSIH.  
  • AMK kecewa PAS letak calon di kerusi PKR
  • NONEKetua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang mengeluarkan watikah pelantikan calonnya bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.  
  • SPR: Tindakan pemuda cuba undi dua kali makan diri...
  • Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemuda itu jelas melanggar dua kesalahan iaitu cubaan mengundi dua kali dan membawa keluar kertas undi yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan hilang hak mengundi selama lima tahun, jika disabit kesalahan.  
  • Dua lagi pemimpin Pakatan akan didakwa bawah APA
  • dikemaskini Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dan Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria akan didakwa Isnin depan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).  
  • 2 peserta buat laporan dakwa dipukul polis
  • Dua orang peserta program nyalaan lilin menyokong aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, membuat laporan hari ini mendakwa mereka dipukul oleh anggota polis pada malam tersebut.  
  • Paul Low letak jawatan presiden TI-M
  • Datuk Paul Low hari ini meletak jawatan sebagai presiden Transparency International Malaysia (TI-M) susulan pelantikannya sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan diganti oleh Timbalan Presiden, Datuk Akhbar Satar bagi penggal 2013/2014.  
  • MIC mahu unit halehwal India di bawahnya, bukan Hindraf
  • Tetap dengan pendirian bahawa MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946, Presidennya, Datuk Seri G Palanivel  berkata unit di JPM itu tidak boleh diketuai pengerusi Hindraf P Waythamoorthy yang dilantik timbalan menteri.  
  • PKR dakwa ada undi tambahan dalam peti undi
  • NONEPKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.  
  • Idris Jusoh mahu saman PKR dan Rafizi
  • Menteri pendidikan II itu mahu menyaman PKR termasuk Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli yang didakwa menyebarkan kenyataan berhubung 24 petugas SPR dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut dalam PRU13.  
JUMPA KAMI DI FACEBOOK
© Malaysiakini. All rights reserved.
English   |   Malay   |   中文版   |   தமிழ்