Dalam keadaan sebak, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Wee Ka Siong - kedua-duanya telah digugurkan dari majlis presiden MCA - merayu kepada perwakilan supaya hadir EGM 28 November ini.
ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.
Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.
Walaupun kelihatan tenang dan sesekali menguntum senyuman sewaktu sidang akhbar, tetapi kenyataan bekas timbalan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membayangkan wujudnya rasa tidak puas hati berhubung pelan damai.
Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendakwa kerajaan BN lebih teruk daripada dinasti Mongol Yuan di China dan menggesa pengundi Cina di Bagan Pinang supaya mengikut 'jejak langkah' nenek moyang mereka dengan menolak calon BN.
Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata isu beliau terbabit dalam rasuah politik tidak berbangkit lagi kerana beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno selama tiga tahun.
Projek kontroversi tanah perkuburan yang dicadangkan di kawasan hutan simpan Ayer Hitam, akan dibatalkan dan pengumuman rasmi mengenainya dijangka dibuat bulan depan.
Selama lima tahun, penduduk Taman Saujana Puchong telah berkempen membantah rancangan membina tanah perkuburan di hutan simpan Ayer Hitam dan mereka turut disokong DAP, PKR dan PAS sebelum jadi kerajaan.
ADUN Pandamaran, Ronnie Liu menyiarkan senarai perbelanjaan peruntukan negeri bagi tiga kawasan seliaannya, menjelang siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) tidak lama lagi.
Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.
Satu taklimat tertutup untuk para perwakilan MCA diadakan hari ini untuk membolehkan Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat memberi penjelasan mengenai siri kontroversi yang melandanya minggu lalu.
Ibubapa pelajar SMK Seri Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka menyuarakan bantahan terhadap keputusan memansuhkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Seorang ahli Majlis Perbandaran Kajang mencerita pengalaman peritnya ketika disoal sisat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari yang sama.
Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo diperintah keluar dewan hari ini selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menuduh Speaker Teng Hang Khim berat sebelah.
Terdapat tarikan baru di Seksyen 7, Shah Alam - sebuah rumah mewah di kawasan seluas setengah hektar milik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Polis menutup kawasan majlis makan malam untuk mengumpul dana anjuran DAP bagi kira-kira 3,000 orang di Klang dan turut merampas peralatan pembesar suara.
Sebuah konsortium yang diketuai syarikat Jepun hari ini diberikan kontrak besar RM1.3 bilion bagi membina saluran paip air bawah tanah dari Pahang ke Selangor.
Sepasukan pegawai polis menggeledah ibu pejabat DAP di Petaling Jaya dalam siasatan terhadap sekumpulan penyokong parti itu yang ditahan di Ampang Jaya kelmarin.
Tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat yang berlarutan sejak Februari lalu, kata mantan perdana menteri.
Wakil rakyat DAP menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan mereka bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, telah dibawa masuk ke dalam sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak menggantung setiausaha kerajaan negeri Datuk Abdul Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid.
Sebuah buku kecil yang menyerang PAS kerana memberi sokongan terhadap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berhubung kontroversi penyebaran gambar intimnya, diedarkan dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Perintah larangan diadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang tidak mengikut undang-undang, yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh semalam, diserahkan kepada Speaker DUN Perak V Sivakumar hari ini.