Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Johor Baharu hari ini atas pertuduhan menghalang tugas seorang anggota polis dan memecahkan cermin kereta milik seorang pemandu teksi pada hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
Menceritakan kejadian, ahli jawatankuasa masjid Abd Wahab Sulong, 67, berkata selepas selesai solat dan sebaik melangkah 30 meter dari tangga masjid untuk pulang ke rumah, beliau terdengar bunyi dentuman yang kuat dan terpaku seketika
Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.
Izan Suhaila dan Mariam Sofea dihalang menaiki pesawat tambang murah di Ho Chi Minh selepas bayi perempuan berkenaan disyaki mempunyai simptom penyakit berjangkit.
Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.
Kegembiraan 40 penunggang motosikal jenis Honda Wave yang mengikuti konvoi dari Klang, Selangor ke Desaru berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan.
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mensasarkan pungutan zakat RM430 juta tahun ini meliputi 120,000 pembayar di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Dua lelaki termasuk seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang lima lelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis di Segamat semalam.
"Berdasarkan analisis pengundi di luar Kuching seperti parlimen Sarikei, Sibu dan Miri, kita kalah dengan selisih angka yang kecil," kata ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri itu supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.
Ketua Biro Publisiti MCA Selangor Datuk Yap Pian Hon meminta anggota MCA menghormati keputusan parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan kabinet.
Seorang lelaki maut setelah parah dikelar di leher oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali di sebuah pusat karaoke di Terminal 2 di Seremban awal hari ini.
Mat Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang.
Polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya merupakan tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekaligus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan pemimpin pakatan rakyat bahawa seorang daripada panel forum anjuran persatuan itu Ahad lepas membuat kenyataan berbaur hasutan.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata ketiga-tiga suspek yang berumur dalam lingkungan antara 20-an dan 30-an itu menyerah diri di Balai Polis Jelutong empat hari lepas.
Akhbar semalam melaporkan penjenayah menyamar sebagai pegawai TNB menyamun kediaman warga emas setelah berpura-pura memeriksa perkakasan elektrik di rumah mangsa.
"Beliau (Najib) telah membuat keputusan, walaupun pandangan kita berbeza (dan) terdapat reaksi (berbeza) daripada masyarakat India. Jadi kita perlu menghormati (keputusan) beliau (Najib), dan kita perlu terima Waythamoorthy," kata timbalan presiden MIC itu.
Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Sambutan Hari Guru bertemakan 'Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda' yang diraikan hari ini bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa, disambut secara sederhana namun meriah.
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbang untuk melantik wakil parti itu menyertai barisan Kabinet bagi penggal ini.
"Difahamkan ibu mangsa baru meninggal dunia juga awal pagi ini dan kita tidak menolak kemungkinan mangsa mengalami tekanan perasaan kerana hal itu," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng.
Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di ibu negara itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.
"Maksudnya saya bukan orang politik yang bercakap mengenai politik, saya tidak diupah dan tidak bercakap bagi mana-mana pihak, apa yang benar itulah yang saya cakap," kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.
Majlis angkat sumpah diadakan bermula pukul 11 pagi di Istana Abu Bakar, Pekan di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, seminggu selepas Datuk Seri Adnan Yaakob, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang untuk penggal ke-4 pada 9 Mei.
Upacara penuh istiadat itu disaksikan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir menyaksikan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.