Anwar Ibrahim terus menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah, dengan berkata perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet, ataupun menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya.
Pengarah UMCEDEL Prof Mohd Redzuan Othman berkata tinjauan yang dijalankan menunjukkan capaian Internet membolehkan penyebaran maklumat lebih baik terutama mengenai masalah bekalan air di Lembah Klang.
Tinjauan ke atas 1,409 responden oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan BN mempunyai peluang 42 peratus untuk mengekalkan Putrajaya, manakala Pakatan mendapat 37 peratus peluang – dengan 21 peratus lagi "tidak pasti".
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menghormati pandangan Majlis Syura PAS mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, tetapi pendirian Pakatan Rakyat mengenai isu itu tidak berubah.
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan timbalan perdana menteri pada tahun 1990-an – sebelum dipecat pada 1998 – namun menegaskan bahawa beliau tiada peranan dalam dakwaan pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah.
Peguam mewakili exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa memfailkan injuksi interlocutari ke atas Petronas untuk menghalang syarikat petroleum tersebut daripada membayar royalti – yang sepatutnya diperolehi kerajan negeri – kepada kerajaan persekutan atau ejennya.
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pengedar buku Borders untuk menyoal balas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung semakan kehakiman yang difailkan untuk mencabar tuduhan JAWI ke atas pegurus kedai syarikat terbabit.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis dan peguam negara supaya melihat realiti demokrasi semasa dan tidak memburu peserta perhimpunan yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu lalu.
Penghakiman persetujuan berkenaan direkodkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Khairy Jamaluddin mengubah pendirian dan menyatakan bahawa beliau tidak menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat serta boneka Amerika Syarikat dan Yahudi.
Anak lelaki ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur apabila satu kesnya dibangkitkan di mahkamah tersebut hari ini.
Naib presiden PKR N Surendran berkata tiada undang-undang di negara ini yang menyatakan kesalahan kerana membawa jumlah peserta lebih besar daripada kapasiti stadium.
Peguam kanan Rosli Dahlan hari ini bersetuju untuk menarik balik saman fitnah ke atas akhbar milik MCA, The Star yang difailkan pada 2009, berhubung laporan mengenai penahanan dan pendakwaan pada hari sebelum Hari Raya pada 2007.
Empat anggota polis hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya supaya membela diri atas tuduhan mencederakan seorang ahli perniagaan dua tahun lalu.
Peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham, yang didakwa terlibat dengan dakwaan melibatkan akuan berkanun kedua oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam enggan mengulas mengenai dakwaan berkenaan.
Peguam Annou Xavier mengingatkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai perintah Mahkamah Tinggi pada 2009 dan pekeliling kerajaan pada 2011 yang membenarkan penggunaan kalimah tersebut.
Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), kerajaan negeri serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana tidak menyelesaikan krisis air yang berlanjutan selama 10 hari di Ampang dan Gombak.
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan BN menjelaskan dana didakwa berjumlah RM207 bilion daripada kerajaan Jepun untuk mangsa dan waris kepada 30,000 warga Malaya yang menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Keretapi Maut dari Siam ke Burma semasa WWII.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak melarang orang agama lain daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun ia tidak mencapai maksud asal al-Quran.
Satu NGO naungan PAS yang mewakili bekas anggota tentera bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan ketua pasukan itu berhubung dana RM160 juta daripada LTAT yang didakwa digunakan untuk menyelamatkan satu syarikat kroni.
Naib presiden PAS Salahudin Ayub mendakwa kubur dan empat perkuburan Islam di Pengerang, Johor, digali dan dipindahkan daripada tapak asal mengikut prosedur yang betul.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) bimbang kerajaan mungkin melonggarkan beberapa syarat dalam melaksana dasar gaji minimum RM900 yang akan dilaksana pada akhir bulan ini.
Pengarang pengurusan kumpulan Media Prima Datuk Mohd Ashraf Abdullah ketika ditanya peguam di mahkamah hari ini bersetuju bahawa TV3 tidak menjalankan apa-apa usaha untuk mengesahkan tulisan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Twitter.
Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu mahkamah bahawa TV3 memfitnah beliau dengan menggambarkan bahawa beliau menyatakan bidaan untuk nombor pendaftaran WWW1 dibuat oleh Sultan Johor menggunakan wang rakyat.