“Ahli patologi sudahpun mengesahkan bahawa Dharmendran terbunuh semasa dalam tahanan polis. Mengapa tiada pegawai polis yang ditahan sehingga kini?," kata naib presiden PKR N Surendran.
Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang mengeluarkan watikah pelantikan calonnya bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Kartunis Independen (KKI) hari ini melancarkan gerakan untuk menyebarkan mengenai penipuan pilihan raya melalui karya seninya.
Menteri yang baru dilantik di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low menolak tanggapan bahawa pelantikannya itu semata-mata satu langkah perhubungan awam atau bertujuan menutup mulutnya yang "lantang mengkritik".
ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga ketua komunikasi PKR, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikatjamin.
Jika BN kalah bermakna pengundi secara umumnya memberikan keutamaan kepada pembangunan berbanding isu-isu demokrasi dan sebaliknya, kata Datuk Saifuddin Abdullah.
Jawatankuasa itu akan mengkaji dan membuat cadangan untuk memastikan prinsip 'satu orang, satu undi, satu nilai' dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya kali ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak membuka Umno dan parti-parti BN yang lain kepada rakyat Malaysia dari semua kaum jika beliau mahu mengotai ikrarnya untuk menjadi perdana menteri semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, negeri, atau pandangan politik.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti dan wakil rakyatnya supaya mengambil alih perkhidmatan yang disediakan sebelum ini oleh pusat perkhidmatan BN yang ditutup.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kemungkinan parti itu menyertai BN "tidak timbul sama sekali" tetapi secara bergurau berkata mungkin sebaliknya BN mahu menimbang untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Sekumpulan veteran MCA hari ini menggesa Presiden Dr Chua Soi Lek berundur dengan segera ekoran kekalahan memalukan parti Cina itu dalam dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.
Satu perhimpunan Pakatan Rakyat malam tadi yang bertujuan meraikan ejayaannya mengekalkan Selangor, bertukar menjadi perhimpunan pro-Khalid Ibrahim, menyokong beliau menjadi menteri besar bagi penggal kedua.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata, tindakan Ridzual telah memecahkan undi dan menyebabkan calon rasmi Pakatan Rakyat Dr Mohd Nasir Hashim tewas.
Bekas anggota jawatankuasa terpilih khas parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya Anthony Loke menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan nama pembekal untuk dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya 5 Mei.
Seorang pengundi yang mencurigakan dari Sabah disoal oleh petugas Pakatan Rakyat di Pandan, Selangor, apabila dia cuba untuk menuntut wang di pondok mereka selepas mengundi.
Calon PKR, Rafizi Ramli berkata seorang pengundi di Pandan, Seok Leong Yew memaklumkan kepada pasukannya mengenai pengundi yang meragukan itu di mana alamat berdaftarnya adalah sama seperti Seok.
Calon PKR Pandan Rafizi Ramli berkata, seorang pemilih Seok Leong Yew memaklumkan petugasnya, terdapat pengundi meragukan didaftarkan menggunakan alamat rumahnya.
dikemaskini 5.42pm Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.
WAWANCARA Selvi didorong mengambil langkah itu selepas menerima panggilan individu tidak dikenali yang menawarkan wang dan peluang pendidikan anak-anak sebagai pertukaran dengan "bukti".
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempersoalkan dakwaan bahawa terdapat penerbangan rahsia yang mendaratkan pengundi luar di Selangor.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa, yang juga anggota exco dalam kerajaan sementara PAS di Kelantan, sepatutnya menyelesaikan masalah negeri berkenaan sebelum menjadi calon di pusat pentadbiran negara.
BERSIH menyenaraikan calon BN untuk DUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman sebagai salah seorang ahli politik yang meneruskan keganasan politik, apabila beliau didakwa menarik kolar baju calon PKR Gopeng Dr Lee Boon Chye.
Bukan beliau, sebaliknya Dr Chua Soi Lek, lebih sesuai berkempen untuk Calon MCA yang dilihatnya sebagai calon boleh menang, kata bekas presiden parti itu.
Dua orang anggota exco dalam kerajaan sementara Selangor Teresa Kok dan Ronnie Liu tidak lagi disenaraikan untuk mempertahankan kerusi DUN masing-masing, Kinrara dan Pandamaran, dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Datuk Seri Najib Razak beliau berhasrat agar sumbangan kerajaan sebelum ini kepada masyarakat Sikh dan juga serta pengumuman baru itu akan membantu membina kepercayaan di antara dua badan tersebut.
Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga muncul ke satu majlis bersama Nurul Izzah Anwar pada malam tadi dalam satu majlis berhubung kempen pilihan raya penyandang kerusi parlimen Lembah Pantai itu.
Usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan di satu acara BN ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit. AUDIO DI DALAM