dikemaskini 6.57pm "Dia ikut arahan dari Datuk Najib sebab pertama, Utusan itu surat khabar Umno," kata bekas ketua pembangkang dalam sidang media di Petaling Jaya
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata, tiada pengundi meragukan dalam senarai itu kerana daftar pemilih itu diselaraskan dengan maklumat daripada JPN.
Dalam ucapannya kepada kira-kira 50 orang di pusat khidmat MCA Chears hari ini, Datuk S Ambiga menekankan mengenai lapan tuntutan BERSIH dan turut menjadikan akhbar The Star, yang dikuasai parti tersebut sebagai sasaran kritikannya.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak bersetuju dengan tinjauan oleh satu jabatan dalam Universiti Malaya yang menyebut beliau berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai PAS Isnin lalu berkata pada masa lalu, Umno tidak pernah memerlukan "samseng" untuk membantu perjuangannya
Keputusan BN untuk mencalonkan Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin bertanding kerusi Parlimen Shah Alam telah dikritik hebat tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyokong pilihan parti itu.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuntut presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan dakwaan dalam satu video di Youtube bahawa parti Islam tersebut tidak boleh bekerjasama dengan parti "Marxis".
MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan 'semangat BN' dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk "merompak" kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan tanggapan bahawa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pencerobohan Lahad Datu ditangguhkan ke tarikh lain.
Ceramah Hew Kuan Yew dipenuhi kenyataan menghina yang mengaitkan orang lain dengan "binatang, bahagian (seksual) tubuh dan wanita", kata Biro Pendidikan MCA.
Wajah yang paling dikenali dalam gerakan anti-Lynas itu kini bersetuju dengan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa loji penapisan itu boleh beroperasi jika ia benar-benar selamat.
Transparency International-Malaysia (TI-M) akan berpegang kepada ikrar ahli politik, termasuk perdana menteri, dan akan mendedahkan sebarang salahlaku mereka di lamanwebnya dan media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Kunjungan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud ke kawasan Long Lama di kawasan hulu Baram di negeri tersebut disambut dengan bantahan oleh kumpulan pribumi di kawasan itu yang membangkitkan pelbagai isu yang menjejaskan mereka.
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam bersumpah bahawa pengakuan berkanun pertamanya bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah pengakuan sebenar.
Seramai 60 ahli Parti Progresif Malaysia (PPP) bertindak "menduduki" ibupejabat akhbar harian berbahasa Tamil Malaysian Nanban untuk menuntut permohonan maaf berhubung penyiaran sebuah artikel yang didakwa menghina parti itu.
Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengiktiraf segera Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) dan tidak menggunakannya sebagai satu taktik membeli di semasa kempen pilihan raya umum.
Dolomite Properties Sdn Bhd menegaskan bahawa projek kontroversi pembinaan kondominium Park Anenue di Batu Caves adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kerana Pakatan Rakyat sudahpun membuat persiapan di Stadium Merdeka, maka adalah mustahil untuk menukar tempat pada saat-saat akhir.
Tujuh kanak-kanak tanpa kerakyatan kini lega selepas hampir dua jam mengadakan protes duduk di ibu pejabat Kementerian Pelajaran di Putrajaya petang ini apabila kementerian bersetuju untuk membenarkan mereka kembali ke sekolah, buat masa ini.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang menyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat, mendakwa telah menerima SMS berunsur ugutan menjelang perhimpunan itu Sabtu ini.
Pengurusan Stadium Merdeka hari ini tidak mengendahkan wakil Pakatan Rakyat yang tiba ke pejabat mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi menggunakan stadium berkenaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menegaskan bahawa sisa daripada loji nadir bumi Lynas perlu dieksport, namun tidak menjelaskan kenyataan bercanggah oleh syarikat Australia itu yang mendakwa ia bukan syarat dalam TOL.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menegaskan kementerian itu telahpun menutup pintu rundingan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, yang berkeras menentang pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Pihak polis berkata Kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau mesti memberitahu pihaknya mengenai hasratnya untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, tetapi mereka masih belum berbuat demikian.