ULASAN Perjanjian seperti ini tidak sepatutnya dimeterai secara rahsia. Rakyat berhak tahu dan memberi pandangan bila perjanjian seperti ini melibatkan kualiti hidup mereka.
Keluasan Tanah Rizab Melayu dalam Felda bakal hilang tanpa disedari kerana pembelian saham dengan nilai yang tidak menentu dalam Bursa Malaysia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa kerajaan segera meneliti persoalan sekuriti makanan yang kini menjadi isu serius seluruh dunia sebagai isu utama.