Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy ketika merayu sokongan itu berkata, masyarakat India perlu mula menyebarkan bahawa kebajikan mereka hanya akan dapat dijaga oleh BN.
"Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka," kata bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
FOKUS PRU Selepas 90 hari di sana, beliau yakin dapat menumbangkan penyandang kerusi itu daripada calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar, yang sebelum ini menggunakan lambang PKR.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof diminta mengulas kenyataan pemangku menteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim yang mempertahankan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu.
dikemaskini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kebanyakan idea yang dikemukakan hanya kepanjangan daripada program kerajaan, yang sekali gus menunjukkan kelemahan.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata janji BN untuk menyediakan sejumlah 3.3 juta pekerjaan baru jika menang dalam pilihan raya akan datang adalah “tidak realistik” berdasarkan rekod yang ditunjukkan parti itu.
"Sebelum ini, beliau kata dasar kita akan membankrapkan negara. Sekarang jadi boleh dilaksana," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang berpendapat Datuk Seri Najib Razak membuat "kesilapan taktikal".
Malah, Pakatan Rakyat akan memberi lebih banyak bantuan tunai yang akan disalur kepada kumpulan tertentu dengan lebih khusus jika memenangi pilihan raya, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.
Ketua Pemuda BN Selangor Engku Salleh Abd Jamal berkata litar perlumbaan itu merupakan antara permintaan utama yang disuarakan ketika kunjungan Najib ke satu acara di Shah Alam hari ini.
Dalam ucapannya Datuk Seri Najib Razak turut mengambil peluang untuk menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor dengan membangkitkan isu kebajikan ibu tunggal dan warga emas.
Peguam kepada mendiang P Balasubramaniam, Americk Sidhu berkata balu kepada bekas penyiasat persendirian itu, A Santamil Selvi, didapati hilang daripada kediaman mereka di Rawang.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa bahawa Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman mengakui bahawa seorang penolong pendaftar Umno telah mendaftarkan ramai pengundi yang meragukan.
Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau sudah ditunjukkan "sedutan" dua video berasingan - video pertama didakwa aksi Nurul Izzah dan video kedua didakwa melibatkan bapanya.
PKR mendakwa, rekod imigresen menunjukkan bahawa penulis blog pro-Umno Papagomo, mempunyai rekod imigresen yang sama dengan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Selepas pertemuan sejam dengan perdana menteri hari ini, Hindraf berkata Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk mengadakan lebih banyak perbincangan dalam tempoh beberapa hari ini.
Datuk Seri Chua Jui Meng masih mengetuai jentera pilihan raya PKR Johor walaupun terdapat cakap-cakap beliau kecewa dengan keputusan meletakkan Lim Kit Siang di Gelang Patah.
Penganalisis berkata, mod pengiraan PNK itu tidak mengambil kira keadaan inflasi, peningkatan harga untuk barang keperluan asas, penginapan dan pengangkutan.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Anwar memetik sumber Filipina yang memberitahunya bahawa hanya pembangkang Filipina yang mempunyai tangan dalam kes itu.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mungkin tidak mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.
Seorang bekas pegawai daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah pada tahun 1980-an dan mendakwa mengetahui bahawa skim tersebut diluluskan oleh perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.