ANALISIS Pemberian habuan dan imbuhan kepada masyarakat Cina dilihat seperti mencurah air ke daun keladi apabila tidak dapat memuaskan hati mereka yang mahukan perubahan.
DAP mungkin menukar barisan calonnya dalam di Kuala Lumpur dan Selangor yang bakal menyaksikan exco kanan Selangor Teresa Kok terpaksa melepaskan salah satu kerusi yang disandangnya.
DAP bersedia menurunkan lebih ramai pemimpinnya untuk bertanding di Johor, susulan pengumuman ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam tadi bahawa pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah.
Pilihan raya umum semakin hampir dan bukan sesuatu yang mengejutkan bagi pengundi kaum Cina di Selangor menerima surat ucapan ditandatangani perdana menteri sempena Tahun Baru Cina (CNY) - kali ini bersama paket ang pau dan petikan kata-kata bekas pemimpin parti komunis China itu tentang reformasi.
Seorang pemimpin Gerakan menafikan dakwaan bahawa buku yang diedarkannya sewaktu mengagihkan bantuan persekolahan RM100 bertujuan untuk memburukkan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan kematian setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock.
Pelajar yang bangun bercakap di forum tersebut membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai BERSIH dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
Aktivis Himpunan Hijau hari ini mengadakan demonstrasi di Kuantan terhadap sebuah bank utama antarabangsa atas penglibatannya dengan Lynas Corporation.
Tuw Yin Lan, 71, serta dua rakannya ditahan selepas mendekati Adnan dan menggesa menteri besar itu meminta maaf atas kenyataan berhubung perarakan Himpunan Hijau bulan lalu.
Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kelantan Goh Tee Chew berkata wakil kerajaan berkenaan berjanji untuk meneliti syor yang dikemukakan oleh mereka dalam pertemuan yang berlangsung selama kira-kira sejam itu.
Seorang pengarah filem bebas menyifatkan penyertaan warga emas dalam perarakan Himpunan Hijau dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai satu peningkatan kesedaran sivik.
dikemaskini Kira-kira 70 orang menyertai perarakan 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk mendesak kerajaan supaya tidak membenarkan loji nadir bumi Lynas beroperasi dan untuk ketengahkan isu-isu alam sekitar yang lain.
Saham gergasi perladangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraiannya. Ia mula diniagakan pada harga RM4.60 namun dan kemudiannya jatuh ke paras RM4.53 pada jam 10.46 pagi sebelum kembali melonjak.
BERSIH hari ini mendesak kerajaan melakukan sekali lagi pembersihan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum ke-13, ekoran lebih kesalahan ditemui baru-baru ini.
Datuk Peter Chin berkata, perkara dibangkitkan menteri besar lebih rumit dan melibatkan aspek yang lebih besar, termasuk dasar pemantauan dan peruntukan dana khusus.
EKSKLUSIF Bagaimanapun, syarikat pengurusan berkaitan kerajaan itu semalam menafikan khabar angin bangunan itu akan ditambah sehingga menjadi 120 tingkat.
Pemimpin siswa Pro-Mahasiswa Nasional Mohd Taufiq Abdul menyatakan kebimbangan itu kerana pihak berkuasa universiti awam dijangka perlu mengendalikan tiga acara penting dalam tempoh dua bulan depan.
Harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5, apabila ditutup pada harga RM4.85 semalam.
Individu berkenaan pengerusi jawatankuasa penganjur Himpunan Hijau, Wong Kim Hoong, naib pengerusinya Tengku Shahadan Tengku Jaafar dan seorang pembantu kepada ADUN Tras, M Raju.
"PERKASA, Majlis Profesor suruh tarik pun saya tak tarik," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merujuk kepada tekanan yang pernah dihadapinya sebelum ini.
Ia diumumkan oleh harian berbahasa Cina itu melalui notis yang disiarkan di muka depan edisi malam ini. Selepas ini, akhbar berkenaan akan diposisikan semula sebagai sebuah akhbar berbahasa Cina yang memberi tumpuan kepada berita kewangan dan ekonomi.
dikemaskini 1.04pm Harga saham Tricubes jatuh 70 peratus selepas Bursa Malaysia menolak pelan rombakannya, menyebabkan kemungkinan dikeluarkan daripada senarai bursa saham.
Pengurus komunikasi korporat Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Richard Liau mengakui pihak kolej menggalakkan pelajar memakai baju-T rasmi institusi itu, yang berwarna merah, tetapi tidak melarang sesiapa memakai pakaian kuning.
Tiga penduduk Kuantan gagal dalam usaha mereka untuk membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan kepada Loji Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).
Pegerusi eksekutif MalTechPro Sdn Bhd Sohaimi Shahadan mengakui bahawa beliau merupakan ahli Umno, namun menegaskan bahawa 1MPad itu bukan satu "projek kroni."
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah mendakwa, peserta BERSIH kurang serius bekerjasama dengan polis berhubung dakwaan keganasan yang dibuat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin berkata dakwaan bahawa polis bertanya soalan bersifat seksual ketika menyiasat Khalid Ismath adalah dakwaan "mengarut".
"Kami beri mereka peluang terakhir. Jika mereka tidak tampil ke hadapan, kami akan pergi ke rumah mereka untuk menangkap mereka," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin.