Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri itu supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.
ANALISIS Walaupun ketiadaan wakil MCA dalam kabinet baru sudahpun dijangka, tetapi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu, boleh menjadi permulaan tercetusnya kemelut baru dalam MCA.
P Waythamoorthy yang baru dilantik sebagai timbalan menteri berkata, beliau dan Hindraf mampu menyelesaikan isu kerakyatan kaum India di negara ini dalam tempoh lima tahun.
Seorang hadirin di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan lewat malam tadi berpendapat kebanjiran orang ramai membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya 'memenangi' hati rakyat Malaysia dalam PRU13 walaupun belum berjaya membentuk kerajaan pusat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaanagar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.
ULASAN Rekonsiliasi nasional pasca PRU13, jika benar diperlukan, wajar bermula dengan menyantuni intelek orang muda, perubahan pendekatan untuk memenuhi keperluan sebenar rakyat.
Menteri yang baru dilantik di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low menolak tanggapan bahawa pelantikannya itu semata-mata satu langkah perhubungan awam atau bertujuan menutup mulutnya yang "lantang mengkritik".
Ketika Khairy Jamaluddin berkata pandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya supaya berhijrah ke negara lain, dianggap padangan peribadi, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula menggesa parlimen mencela menteri dalam negeri itu.
Ketua Biro Publisiti MCA Selangor Datuk Yap Pian Hon meminta anggota MCA menghormati keputusan parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan kabinet.
Seorang lelaki maut setelah parah dikelar di leher oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali di sebuah pusat karaoke di Terminal 2 di Seremban awal hari ini.
Lim Guan Eng berkata, Khalid mesti membuktikan ikrarnya untuk mengutamakan keselamatan rakyat dan mengembalikan persekitaran yang selamat untuk orang ramai.
Ketua penerangan Umno berkata, undang-undang Malaysia menetapkan proses pilihan raya berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, bukan jumlah undi popular.
PKR nampaknya sedang berusaha mendapatkan kawalan lebih besar dalam pentadbiran kerajaan Selangor, dengan PKR negeri mencadangkan calon-calon yang bukan sahaja untuk barisan exco tetapi juga dalam syarikat berkaitan kerajaan dan Pejabat Menteri Besar.
Mat Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang.
ULASAN Kajian akademik juga harus tidak bersikap berat sebelah dan sendeng. Lebih penting, teori konspirasi tidak ada tempat signifikan dalam kajian akademik.
Polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya merupakan tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekaligus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan pemimpin pakatan rakyat bahawa seorang daripada panel forum anjuran persatuan itu Ahad lepas membuat kenyataan berbaur hasutan.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata ketiga-tiga suspek yang berumur dalam lingkungan antara 20-an dan 30-an itu menyerah diri di Balai Polis Jelutong empat hari lepas.
Sebaliknya tugas beliau sebagai menteri sukan perlu "memberi keutamaan kepada setiap sukan secara adil" untuk diberi perhatian sewajarnya demi kecemerlangan sukan di negara ini.
Akhbar semalam melaporkan penjenayah menyamar sebagai pegawai TNB menyamun kediaman warga emas setelah berpura-pura memeriksa perkakasan elektrik di rumah mangsa.
"Beliau (Najib) telah membuat keputusan, walaupun pandangan kita berbeza (dan) terdapat reaksi (berbeza) daripada masyarakat India. Jadi kita perlu menghormati (keputusan) beliau (Najib), dan kita perlu terima Waythamoorthy," kata timbalan presiden MIC itu.
Penasihat Hindraf, N Ganesan berkata, dembaca secara tersirat pelantikan Waythamoorthy, kesimpulannya ialah jelas bahawa tidak ada individu atau organisasi yang mempunyai kemampuan yang sama untuk membawa perubahan yang diperlukan bagi masyarakat India.
dikemaskini 3.48pm "Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu...," kata Khairy Jamaluddin.
Gesaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia meninggalkan negara ini tidak mewakili pendirian kerajaan, kata Khairy Jamaluddin.
DAP mengesahkan bekas speaker Selangor yang juga ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong telah dipilih mewakili parti dalam barisan Exco Selangor.
Dengan pewartaan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012, negeri patut dibenarkan menjalankan pilihan raya tempatannya, kata exconya.