Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kepada yang berkenaan,

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Yayasan Tun Perdana telah menerima sepucuk surat dari seorang manusia yang tidak jelas jantan betinanya tetapi telah mengakui dirinya sebagai Kay Jay. Adalah diberitahu bahawa surat tersebut telah difailkan dalam Pejabat Yayasan. Adalah juga diberitahu isi kandungan telah difahami. Maka surat di bawah ini adalah jawapan rasmi dari Yang Teramat Mulia Pekuda Tun.

Kay Jay,

Sebelum beta... ops... kami meneruskan surat ini adalah dinasihatkan supaya kamu menyediakan kertas tisu atau sapu tangan. Kami sedar bahawa ketika kamu membaca surat ini hingus kamu akan meleleh. Kami tidak mahu surat suci kami ini akan dinajiskan dengan hingus cair kamu.

Adalah kami maklumkan bahawa apa sahaja yang kami tulis di sini adalah benar. Tidak ada apa-apa yang benar melainkan pembohongan belaka yang kami nyatakan sebagai benar.

Sebelum memanjangkan surat ini adalah beta... opps... kami ingin memberitahu bahawa kami tahu semua tidak tanduk kamu. Kami juga tahu bagaimana kamu telah cuba-cuba mengurat ahli parlimen Lembah satu ketika dahulu. Kamu ingat beta... opss.. kami tidak tahu semua ini. Riwayat kamu cuba mengurat ahli parlimen ini telah kami ketahui bukan dari orang lain melainkan dari Tun Musaa sendiri.

Tun Musaa itu dilihat oleh orang ramai sebagai orang yang agak rapat dengan bapa mertua kamu. Tetapi adakah kamu sedar bahawa Tun Musaa yang mempertahan bapa mertua kamu dengan hujah ' elegant silence ' - sunyi yang mengghairahkan - itu sebenarnya adalah mata-mata kami.

Malah apabila kamu mula mengurat isteri kamu sekarang, Tun Musaa telah menyindir kamu. Sila ingatkan kata-kata Tun Musaa kepada kamu: "Kay Jay... you are doing good ... not only you work for the boss, you are also married to the boss's daughter ...."

Ingat atau tidak akan kata-kata Tun Musaa ini? Kamu jangan jadi Melayu yang cepat lupa. Tun Musa telah menyindir kamu. Pada ketika itu kamu hanya bekerja sebagai pegawai khas kepada timbalan perdana menteri yang akhirnya menjadi bapa mertua kamu.

Ketika Tun Musaa menyindir, kamu yang bermuka tebal buat-buat tidak mendengar sindiran itu. Kamu memang bernasib baik. Muka tebal kamu ini telah dibantu pula oleh kulit kamu yang hitam.

Tahukah kamu kenapa Tun Musaa membuat semua laporan kepada kami? Di sini ingin beta... opps... ingin kami terangkan bahawa kami ada menyimpan semua gambar dan rekod Tun Musaa yang suka bertogel dan suka berompi-pompi. Malah rekod bapa mertua kamu juga masih ada di tangan kami. Jadi di sini kami beri amaran kepada kamu agar jangan kamu cuba mengada-ngada.

Tahukah oleh kamu kenapa beta...ops... kami melantik Tun Dolah sebagai timbalan perdana menteri dan kemudian menjadi perdana menteri? Jangan sesekali kamu silap faham. Jangan kamu anggap bahawa bapa mentua kamu itu memiliki kualiti perdana menteri. Tidakkah kamu sedar bahawa Tun Dolah ini hanya berkeupayan untuk menjadi ketua penanggah jika ada kenduri kahwin di kawasan Felda. Tidak lebih daripada itu.

Adakah kamu tahu bahawa beta... ops... kami melantik bapa mertua kamu itu bukan kerana dia bijak tetapi kerana dia tidak memiliki keupayaan untuk berfikir. Inilah kualiti yang beta.. .ops.... yang kami perlukan sebagai pengganti beta...ops... sebagai pengganti kami.

Apakah kamu tidak sedar bahawa beta... ops... kami melantik Tun Dolah itu sebagai ‘tilam Dunlop' agar orang ramai dapat terkencing di atasnya. Apakah kamu lupa kisah riwayat sesudah Tun Dolah menandatangani surat Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap pemimpin gerakan reformasi pada bulan April 2001 dahulu. Apakah kamu lupa apabila bapa mertua kamu ditanya tentang penangkapan ini dia berkata: "Saya tidak tahu menahu...."

Inilah sebenarnya kualiti yang menjadikan Tun Dolah kami pilih untuk mengganti beta... ops... untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

Beta... ops... kami telah merancang untuk menjadikan Tun Dolah ini sebagai ‘tukang ikut' apa sahaja arahan beta... ops... arahan kami. Tetapi kamu dengan licik telah merancang untuk menjadi menantunya walau pun anak Tun Dolah ini bukan ‘taste' kamu. Dari laporan mata-mata, kami tahu ‘taste' kamu ialah gadis-gadis cun, kurus langsing lagi bergetah seperti Altantuya, Ziana Zen atau Maya Kirin. Tetapi kamu sanggup menyeksa batin kamu untuk tujuan politik kamu.

Beta menjadi murka... ops... kami menjadi marah kerana kamu telah menggagalkan semua perancangan kami. Kamu dengan licik telah mengumpulkan kawan-kawan kamu untuk bekerja di tingkat empat pejabat perdana menteri. Secara angkuh kamu kelihatan memiliki kuasa yang lebih dari kuasa bapa mertua kamu.

Jangan ingat kami tidak melihat betapa ganasnya kamu berkempen di pilihan raya kecil Ijok. Ketika itu kamu hanya naib ketua Keadilan ops... naib ketua Pemuda United Malays National Organisation. Dalam kempen di Ijok kamu dilihat rancak dan ganas. Kamu berkelakuan sedemikian kerana kamu telah mendapat ‘kuasa surat nikah'. Dengan lesen nikah ini kamu dilihat begitu berani menibai ke hulu ke hilir.

Kami juga tahu bagaimana ketika di pilihan raya kecil Pengkalan Pasir kamu telah menggunakan khidmat tiga orang polis trafik bermotosikal untuk mendahului perjalanan kereta kamu. Amat jelas kepada beta... ops... amat jelas kepada kami bahawa kamu telah berlagak sebagai seorang menteri.

Kay Jay,

Peranan kamu sebagai ‘ level floor boys ' tidak dapat beta... ops... tidak dapat kami maafkan. Biar kami terangkan jenayah yang telah kamu lakukan.

Pada mulanya kamu telah memberi arahan kepada akhbar dan TV agar tidak melaporkan apa yang beta... ops... apa yang kami suarakan. Kamu telah membuang barua-barua.... ops... wartawan-wartawan kami di En Es Ti. Kamu telah menggantikannya dengan seorang jantan yang bernama Ka Li.

Jantan Ka Li yang asal usulnya amat-amat disyaki. Kami difahamkan bahawa Ka Li ini juga bekerja sebagai agen Ah Seng. Mata-mata kami telah memberi laporan bahawa Ka Li ini hanya akan mendengar arahan dari kamu dan dari agen Ah Seng.

Kamu telah menjadi rakan niaga kepada agen Ah Seng ini sehinggakan kamu menjadi kaya raya dalam sekelip mata. Kontrak-kontrak yang dahulunya diberikan kepada kroni beta... ops... diberikan kepada kontraktor Bumiputera kini telah kamu rembat.

Kamu jangan buat 'dek' macam bapa mentua kamu. Kamu jangan buat-buat lupa bagaimana abang ipar kamu telah merembat semua kontrak-kontrak yang dahulunya akan diberikan kepada ahli-ahli perniagaan Bumiputera yang berkebolehan lagi berjaya seperti Mohzani Madey... seperti Meerzan Madey.. seperti Marryna Madey.

Kamu dengan abang ipar kamu bersama seorang lelaki berketurunan Chingling yang bernama Paprick telah bersubahat untuk merembat harta kekayaan negeri Terangganu. Kamu jangan buat-buat ‘ confuse ' apabila beta... ops.. apabila kami menggunakan perkataan Chingling. Chingling ialah keturunan China Keling.

Ketika bapa mertua kamu sedang tidur kamu bertiga telah merancang satu projek tipu yang kamu panggil Monsoon Kap di Terangganu. Pada ketika ini negeri Terangganu bawah pimpinan Derih Jusuh. Kamu, abang ipar kamu, Mat Chingling dan Derih Jusuh telah membuat projek-projek bangang sebagai cara merembat duit minyak Petronas yang bernilai berbilion-bilion ringgit.

Bukan beta tidak tahu... ops... bukan kami tidak tahu projek Monsoon Kap ini bertujuan untuk menandingi Projek F1 di Sepang. Kamu anak beranak telah merosakan kawasan Seberang Takir dan Pulau Duyong. Pekan China di sebelah Pasar Kepayang yang beratus-ratus tahun umurnya itu juga telah kamu musnahkan. Kamu ingin menandingi Projek F1 di mana harga tanah di Sepang telah naik berganda-ganda.

Kamu menuduh beta... ops....kamu menuduh kami merosakkan Kuala Lumpur dengan menghodohkan bandar ini dengan projek LRT dan monorel tetapi apa yang kamu lakukan itu seribu kali lebih hina. Kuala Lumpur yang dihodohkan adalah bandar milik China. Manakala kamu menghodohkan kawasan-kawasan sejarah yang seratus peratusnya milik orang Melayu.

Untuk mengolah persetujuan orang ramai kamu, abang ipar kamu dan Mat Chingling telah mendirikan apa yang dipanggil Taman Tamadun Islam. Projek ini sebenarnya hanya projek untuk merembat duit wang ehsan. Projek bangang kamu ini telah menjadikan kamu, abang ipar kamu, Mat Chingling ini kaya raya. Tidak cukup dengan ini kamu telah merekrut Jackie Chan dan Michelle Yeoh untuk mengglamorkan projek haprak kamu itu.

Kay Jay,

Beta rasa... ops... kami rasa hingus kamu semakin cair. Justeru kamu jangan merasa bangga kerana dapat mengalahkan putera beta... opss.... anak kami untuk menjadi ketua Pemuda. Mata-mata kami memberi laporan bahawa kamu dengan bantuan Mat Chingling telah membelanjakan berjuta ringgit untuk membeli undi.

Muhris anak kesayangan kami telah menangis meraung mengadu kepada beta... ops... mengadu kepada kami tentang kelakuan kamu membeli undi untuk menang. Jangan sesekali kamu lupakan jenayah kamu ini.

Akhir-akhir ini telah sampai ke pengetahuan beta bahawa kamu telah mencadangkan penubuhan satu Tribunal Jenayah Madey Muhamad Terhadap Rakyat Malaysia. Beta dengan ini memberi amaran bahawa jika beta dihadapkan ke tribunal ini, beta berjanji ayah mertua kamu juga akan beta libatkan sama.

Beta memberi ingatan walau pun kereta beta tidak memakai angka plat mahal WWW2, ini tidak membuktikan bahawa beta tidak berkuasa dan tidak berdaulat. Kamu jangan sekali-kali mengungkit-ungkit nama-nama tongkang yang membawa 'datuanda' beta ke Pulau Pinang.

Kamu janganlah berangan-angan untuk menjadi perdana menteri Malaysia. Kamu jangan bermimpi-mimpi. Apakah kamu juga sedang tidur seperti bapak mentua kamu. Tidakkah kamu lihat bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih negara ini. Jika tribunal yang kamu cadangkan ini berjaya diwujudkan maka inilah tanda-tanda bahawa tongkang yang bernama United Malays National Organisation itu akan tenggelam.

Sekian dari beta... ops... dari Yang Teramat Mulia Pakuda Tun.

P/s: Jangan kamu berangan-angan untuk mengambil kerusi selamat di Kepala Batas.

ADS