HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
KKN Kelantan, T'ganu macam Umno
Fathi Aris Omar
Aug 22, 02
4:09am
Kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990 memang ada 'masalah serius' tersendiri. Masalah itu nampaknya sudah menjangkiti negeri jiran yang turut dikuasai parti Islam. KKN (korupsi, kolusi, nepotisme) barangkali dosa semua orang politik, Soeharto, Dr Mahathir dan PAS tidak terkecuali!

Lama sebelum penulis politik Mohd Sayuti Omar mendedahkan unsur-unsur penyelewengan dalam bukunya Hikayat Tok Guru dan Tiga Abdul dua tahun lalu, debat tertutup antara kumpulan pro-Kelantan dengan penentang KKN dalam parti itu pernah mengakibatkan adegan bertumbuk.

Kumpulan penentang KKN, kebanyakannya pula berada di luar Kelantan, dibelasah di tempat pertemuan itu atau sebaik sahaja selepas debat hangat (konflik sebenarnya!) yang diadakan di sebuah kem di negeri Serambi Mekah.

Sementara seorang ahli politik bertaraf ustaz yang disegani, anak seorang tokoh ulama di Kelantan, dikasari selepas membantah amalan KKN yang dikaitkan dengan kepimpinan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ahli parlimen itu jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia - dipercayai akibat sangat terkejut diperlakukan sekasar itu oleh orang PAS sendiri.

Seperti pemimpin Umno dalam kerajaan menyembunyikan amalan buruk KKN atau masalah pertembungan dalam parti, aktivis-aktivis PAS juga bijak menyorok insiden memalukan ini yang terjadi kira-kira 10 tahun lalu, yakni pada tahun-tahun awal selepas parti Islam berjaya merampas semula Kelantan. (Nota: Barisan Nasional menguasai negeri itu selama 12 tahun sejak 1978)

Apabila akhbar Utusan Malaysia tahun lalu mendedahkan kerajaan PAS Terengganu meluluskan projek 'ladang kelapa sawit' dan ternakan di kawasan seluas 9,635 ekar kepada beberapa orang kuat Harakah, penyakit yang pernah didakwa membiak di Kelantan dibimbangi merebak pula ke negeri jirannya.

Please sign in
Username
Password

Not a Subscriber?, not just to read the news, but to support Independent Media that gives you accurate, balanced and fast news coverage. Build your own opinion on political developments!

Subscribe Now at only RM 20 per month.

Its easily done via email or over the phone.
Call us 03-22843367 (ext 102),
Send us an sms on 017-323 0707
Email us at

Download Mobilekini to get the full story on your phone.
Subscribe to Daily news digest
Email:
Join 5000+ friends at the Malaysiakini Group Facebook
Follow Malaysiakini's newsfeed on Twitter