HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Media bebas sorok KKN PAS?
Fathi Aris Omar
Nov 15, 02
3:36am
Pemimpin yang membenarkan ahli politik di sekelilingnya mengamalkan rasuah, walau dia sendiri tidak berbuat demikian, lebih merosakkan berbanding jika dia sendiri terbabit. Pemimpin ini nampak bersih tetapi berdiam diri terhadap keburukan orang di kelilingnya, begitu hujah ahli sosiologi terkenal Syed Hussein Alatas.

Memang sukar mencari bukti Perdana Menteri terlibat dalam amalan rasuah. Tetapi bagaimana sikapnya terhadap amalan rasuah pemimpin-pemimpin kanan kerajaan yang disukainya?

Bekas ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah, Shafie Yahya, dua tahun lalu mendedahkan Dr Mahathir Mohamad pernah menghalangnya meneruskan siasatan terhadap ketua Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri apabila ditemui wang tunai yang banyak di dalam laci meja pejabatnya. Orang yang sama, Ali Abul Hassan Sulaiman, kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara, sebelum Dr Zeti Akhtar Aziz.

Mohamad Ezam Mohd Nor, kini dihukum penjara dua tahun di Kajang, memberitahu: “Siasatan [BPR] tidak dapat dikemukakan tanpa ‘restu’ Perdana Menteri.” Memang ada siasatan dijalankan namun bukan untuk dihadapkan di mahkamah serta dihukum jika sabit kesalahan, “tetapi ia [siasatan itu] menjadi komoditi tukaran kesetiaan kepada Perdana Menteri”.

Tambah bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim lagi: “Saya sendiri pernah melihat [membaca] laporan BPR mengenai perolehan dan harta semua wakil rakyat Barisan Nasional di Selangor. Berdasarkan laporan itu, hampir semua [wakil rakyat ini] boleh didakwa [di mahkamah].

“Namun, bukan itu tujuannya [siasatan BPR]. Tujuan laporan BPR terhadap pemimpin politik ialah untuk mengikat kesetiaan mereka kepada Perdana Menteri,” kata Ezam kepada penulis ini dalam satu wawancara eksklusif.

Please sign in
Username
Password

Not a Subscriber?, not just to read the news, but to support Independent Media that gives you accurate, balanced and fast news coverage. Build your own opinion on political developments!

Subscribe Now at only RM 20 per month.

Its easily done via email or over the phone.
Call us 03-22843367 (ext 102),
Send us an sms on 017-323 0707
Email us at

Download Mobilekini to get the full story on your phone.
Subscribe to Daily news digest
Email:
Join 5000+ friends at the Malaysiakini Group Facebook
Follow Malaysiakini's newsfeed on Twitter