Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Langkah Kajang dalam PRK N25 ini bukan tembakan satu dua das. Ia juga bukan tembakan peluru penabur. Dalam istilah Perang Gerila  Kota Beirut PRK Kajang ini adalah tembakan RPG atau Roket-Propelled Granade kalau pun tidak ledakan Katyusha.  Ledakan RPG ini ibarat membingarkan telinga  beberapa ekor  babi yang  sedang nyenyak  tidur.

Telah sahih ledakan RPG Kajang selain dari membangunkan beberapa ekor babi ia  juga  telah mengejutkan  beberapa orang politikus tua. Ada yang sedang sakit, ada yang sedang mabuk dan ada yang sedang mengandung – semua politikus tua ini terbangun dan mula bersuara. N25 menjadi  trompet sangkakala yang menggetarkan  jiwa raga mereka.

Kita dengar Daim bersuara. Kita  terbaca Zahid KITA bersuara. Dan seperti biasa Anak Lelaki Iskandar Kutty terus membebel.  Paling sahih ledakan RPG N25 ini membingarkan telinga  Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sang Tun ini  terjaga dari tidur terus  bersuara.  Dolah wajib bersuara agar tidak ditakrif sebagai telah ‘bungkus’. Sayangnya tidak ada suara dari Najib.  Tidak ada suara dari  suri rumah tangga yang bernama Rosmah Mansor. Semua menikus.

Jelas - PRK N25 Kajang ini amat penting dalam  pensejarahan  politik moden Malaysia sesudah PRU13. Pertama, ia memulakan kembali  rasa kemarahan orang ramai terhadap United Malays National Organisation. Ini sama seperti PRK Pematang Pauh 26 Ogos 2008 dahulu. Ini permulaan kembali 7-24 – Januari-Disember gerakan rakyat bangun melawan. Gerakan untuk menggulingkan kuasa politik United Malays National Organisation.

Apabila diumumkan sahaja kerusi N25 ini kosong bermakna peluang terbuka untuk aktivis Pakatan menghasut orang ramai di pelosok negara  khususnya di Kajang. Orang ramai dan warga Kajang wajib terus dihasut untuk membenci United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu. Ini rukun asasi berpolitik – mengenal siapa musuh dan siapa kawan.

Orang ramai perlu terus dingatkan bahawa dalam PRU13 Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi popular. Jika TIDAK kerana penipuan yang dirancang oleh SPR -  United Malays National Organisation telah dua kali ditalkinkan. Hanya melalui penipuan terancang yang membolehkan gerombolan Ketuanan Melayu ini menang.  Tanpa penipuan SPR,  suri rumah tangga yang bernama Rosmah Mansor pasti telah cabut lari ke Kazakhtan saperti Imelda Marcos.

Justeru PRK Kajang wajib digunakan sebagai medan awam untuk menaikkan kembali suhu kemarahan dan kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation.  Kemarahan  yang bertingkat-tingkat ini  jangan dibiarkan reda. Ia seperti bara wajib terus dikipas. Kemarahan bukan hanya kerana ditipu dalam PRU13. Kenaikan barang dan pemotongan subsidi bahan bakar  semua adalah kimia  yang  boleh  meledak  marah ke jalan raya.

Orang kampung dan Mak Cik Felda sedang melihat kerenah  suri  rumah tangga yang  dikatakan sering merompak harta  negara. Dari membeli intan berlian berjuta ringgit. Dari  kenduri perkahwinan anak dengan menggunakan duit kerajaan. Dari menggunakan jet kerajaan – semua ini adalah peluru RPG untuk meledakkan United Malays National Organisation. Kes jahat yang terbaru ialah bagaimana seorang  suri rumah tangga ini  telah berjaya mengumpul harta di luar negara.

Dua bulan lalu, Mak Cik Pantai Dalam telah terperanjat apabila dilaporkan bahawa anak Rosmah – bukan anak  Najib - telah membeli sebuah flet di New York dengan harga jutaan ringgit – (diulangi)  sebuah flet bukan satu blok bangunan flet – S-E-B-U-A-H.  Dari mana anak Rosmah ini mengumpul duit sebanyak ini? Hanya SPRM yang maha mengetahui. Entah apa yang telah dijual oleh suri rumah tangga ini hingga membolehkan anaknya memiliki harta melimpah ruah.

Kemudian kita lihat bagaimana Tun Daim Zainuddin telah terbangun. Gambar Tun Daim dikatakan bertemu dengan MB Kelantan telah  bocor dalam FB. Dari gambar ini dilihat Daim agak kurus, cengkung dan kurang sihat. Tetapi diberitakan Si Daim ini telah terbang ke Kota Bharu untuk melobi kerajaan Pas Kelantan. Lobi apa?

Mengikut Lebai Desas bin Haji Desus – si Daim ini telah melobi kerajaan Kelantan dengan projek besar. Si Daim didakwa bersedia membuat pelaburan di Tumpat. Si Daim ini mengikut surah Lebai Desas Desus telah ‘menayangkan’ kemungkinan kerajaan Pas Kelantan menjadi kaya raya. Tapi pasti ada syaratnya. Syaratnya ialah Parti Pas jangan sokong Anwar Ibrahim jadi MB Selangor.

Syarat menolak Anwar dari jadi MB Selangor  ini tidak mustahil  untuk diterima oleh parti Pas. Hanya satu perkara yang dikatakan ditimbulkan oleh MB – kenapa pilih Tumpat yang padat dan terasak hingga perlu  laut ditambak? Kenapa tidak buat projek di Gua Musang atau Kuala Krai? Tanah-tanah daratan masih luas? Soalan MB yang jujur dan ikhlas ini dikatakan hampir mengakibatkan Daim diserang angin senggugut.

Niat Daim yang jarang melabur dalam negara ialah untuk  membeli ‘kasih sayang’ parti Pas – agar bersetuju untuk menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi MB Selangor. Daim merasa cuak dan cemas jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor.  Jika Selangor dipimpin  Anwar maka ini bukan lagi ledakan RPG tetapi ledakan Katyusha yang memungkinkan Daim diheret ke pengadilan atas tuduhan tidak memakai seluar dalam.

PRK N25 ini juga amat penting untuk menembak maut  MCA. Parti Cukong ini telah begitu lama bersekongkol dengan Parti Ketuanan Melayu. Para Cukong ini juga telah bersubahat dengan kaum feudal Melayu untuk membodohkan orang Melayu.  Kaum feudal Melayu telah dirasuah dengan dinar, dolah dan dildo dalam usaha jahat mereka untuk merembat harta kekayaan.

Contoh terbaru ialah menggunakan politikus Melayu untuk merembat tanah orang Melayu di Kampung Chu Badak, Kampung Bagan Lalang, Kampung Banda Dalam, Kampung Abdullah Hukum dan Pantai Dalam. Malah dengan  niat jahat para  Cukong ini telah mengubah  nama-nama  Melayu – Pantai Dalam dan Kerinchi – untuk menjadi Bangsar South. Ini niat busuk para cukong untuk mengambuskan  sejarah peneroka Melayu dalam kota Kuala Lumpur.

Parti Cukong  yang akan bertanding di Kajang  amat gembira  jika Melayu Hasan Malek terus meneraju negara ini. Cara Cukong bergerak cukup senang. Cukong mengupah politikus dari United Malays National Organisation   membakar semangat perkauman Mak Cik Felda dan Pak Cik Warung. Orang Melayu yang terbakar semangat ini akan naik ‘sheikh’ dan dengan senang dapat dibodohkan.  Bila Melayu bodoh maka Parti Cukong MCA ini akan terus dapat merembat harta kekayaan negara ini.  Justeru, RPG N25 Kajang akan meledakkan para cukong dan konco-konconya.

Satu ledakan RPG   juga akan membangkitkan politik dalaman Pakatan sendiri. PRK N25 ini akan menguji setiakawan antara parti Pas, Dap dan PKR. Setiakawan yang telah terjalin semenjak 2008 ini akan terus diduga dan diuji. Pengujian dan dugaan ke atas setiakawan tiga buah parti politik ini bukan satu yang pelik. Contoh terbaik ialah sikap Pas pada awalan PRK Kajang di umumkan. Kelihatan ada  kekaburan pandangan. Hal ini akhirnya secara baik dan bersetiakawan telah diperluruskan.

Wajib dingati bahawa dalam parti PAS, dalam DAP dan dalam PKR ada pelbagai jenis jalur fikrah. Jalur-jalur ini memiliki pelbagai bentuk DNA yang memiliki pelbagai niat dan cita-cita. Pada tahap ini penggalangan Pakatan Rakyat dapat diwujudkan kerana adanya kesatuan niat dan cita-cita: untuk menjatuhkan kerajaan United Malays National Organisation. Niat dan cita ini telah dapat mengumpulkan pelbagai jalur DNA ini.

Sayugia dingatatkan bahawa United Malays National Organisation juga sedar akan perkara ini. Agenda induk Parti Ketuanan Melayu ini ialah memecahkan  setiakawan Pakatan Rakyat. PRK N25 ini adalah RPG yang amat  strategik. Dengan  PRK N25 ini kini mengapung dan timbul  jalur-jalur dari pelbagai jenis DNA. Mereka timbul untuk menonjolkan diri ini agar dapat dilihat.  Waspada -  ada juga jalur  ini yang akan menjadi beban  membawa rebah.

Dalam parti politik – krisis politik – wajib terus ada. Jika parti politik TIDAK ada krisis bermakna tidak ada pertelingkahan dan percambahan pandangan dan pendapat dalam parti ini.  Justeru heboh-heboh tentang wujudnya perbezaan politik dalam Pakatan khususnya  PKR adalah satu yang amat-amat positif. Krisis sedemikian akan membawa pencerahan. Akan menguji ahli parti. Akan memperkemas struktur parti. Akan memperlihatkan siapa musuh dan siapa kawan.

Justeru ledakan RPG terakhir  yang dibawa oleh PRK N25 adalah juga untuk pembersihan dalaman – sama ada dalam PAS, DAP atau PKR. Besi dan kaca yang sering memberatkan saku   wajib dibuangkan agar gerakan rakyat menjadi ringan dan pantas untuk ke jalan raya menuju ke Putrajaya. Sebutir pasir dalam kasut – hakikatnya akan terus mengganggu maka wajib dibuang.

ADS