Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sepuluh orang lagi remaja yang ingkar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan didakwa tidak lama lagi. Seluruh negara tertanya-tanya dan ternanti-nanti siapakah mereka?

Anak siapa mereka? Apa latarbelakangnya? Apa kaum dan bangsanya? Apa sebab musabab mereka enggan menyertai program itu? Dan apa pula hukuman yang dikenakan ke atas mereka kali ini?

Selepas kontroversi hukuman ke atas pesalah PLKN yang pertama, Ahmad Harizal Ahmad Fauzie dari Kangar, Perlis, kerajaan nampaknya tidak mendapat jalan mudah dalam menangani kes ini.

Kali ini, kerajaan bukan sahaja berhadapan dengan emosi dan sentimen rakyat malah dengan dua institusi penting negara iaitu badan kehakiman dan pendakwaan.

Kedua-dua institusi adalah badan bebas yang beroperasi dan membuat keputusan berdasarkan fakta kes. Kerajaan pula adalah sebuah parti politik yang mahu segala dasar, rancangan dan arahannya dilaksanakan dan dipatuhi. Pada masa yang sama ia mahu menjaga hati rakyat khususnya para penyokongnya.

Satu dilema besar. Ditelan mati emak, diluah mati ayah. Mana satu mahu dipilih bertegas dengan para pesalah PLKN itu atau berlembut dengan budi bicara yang bijaksana. Menangani kes in ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan bertabur!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS