Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada kebanyakan negara Asean. Malah, ia adalah antara terendah di dunia. Satu daripada kesan negatif (subsidi) ialah berlakunya herotan pasaran yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Ini bermakna harga komoditi itu tidak menggambarkan kos sebenar. Ini kerana harga pasaran adalah di bawah harga sebenar.
Akibatnya, akan berlaku penggunaan yang berlebihan dan pembaziran. Di samping itu, akan timbul kegiatan yang tidak sihat seperti penyelewengan, penipuan dan penyeludupan. Pada hari ini, subsidi juga menguntungkan orang kaya yang memiliki banyak kereta berbanding orang miskin yang mempunyai motosikal. Ini tidak adil. Lebih baik jika wang yang digunakan untuk subsidi ini dipakai untuk tujuan lain yang lebih menguntungkan rakyat jelata. (Dipetik dari Berita Harian Isnin 1 Ogos 2005) .
Kabinet hari ini mengarahkan semua kementerian mengemukakan cadangan dan pandangan mengenai langkah jangka panjang penjimatan tenaga bagi mengurangkan pergantungan terhadap elektrik dan minyak.
- Memasang alat solar bagi menjana elektrik di setiap kediaman yang baru dibina.
- Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan orang ramai.
Sementara bagi langkah jangka pendek pula ialah:
- Semua pejabat kerajaan diminta memadamkan lampu pada waktu rehat tengah hari.
(Dipetik dari Utusan Malaysia 4 Ogos 2005 Tulisan Sri Angreni Mohd Zet)
Data tidak lengkap, tapi tepat
Harga bahan bakar minyak petrol telah dinaikkan lagi. Yakinlah, tidak berapa lama lagi harga ini akan dinaikkan sekali lagi. Hari ini harga setong minyak mentah ialah US$62. Pemerhati pasaran minyak pernah menyatakan yang harga ini mungkin mencecah US$200 dollar setong. Dan akan sampai ketikanya nanti apabila harga ini juga akan terus melambung tinggi.
