Most Read
Most Commented
Read more like this

'Family and friends of the Brazilian man shot by police on the London Underground yesterday demanded the resignation of Sir Ian Blair, the Metropolitan Police commissioner, if it turned out that he misled the public about the circumstances of the tragedy. (The Guardian UK,18 Ogos 2005).

Documents and photographs leaked to ITV News also confirmed that Mr de Menezes did not run from the police, as had been reported, had used his Tube pass to enter the station, rather than vault the barrier, and had taken a seat on the train before being grabbed by an officer. (Daily Telegraph UK, 18 Ogos 2005).

The shoot to kill policy was undertaken under the auspices of 'Operation Kratos', named after the mythical Spartan hero. It was carried out by the London Metropolitan elite SO19 firearms unit often referred to as the Blue Berets. The latter are described as the equivalent to the US SWAT teams, yet in this particular case, they were not wearing uniforms.

The training of the S019 marksmen was patterned on that of Israel. They had been briefed by officers who had been to Israel to meet their counterparts there and pick up tips gleaned from the experience of dealing with Hamas bombers.

During the Kratos briefings, the Met team were told that, contrary to their normal arms training, they should fire at the head rather than the chest. Although the chest is easier to hit, it is not as reliable in causing instant death, giving a bomber a chance to detonate his device. (The Scottish Daily Record, 23 Julail 2005).'

Media beralih tangan

Dari pengalaman yang terkumpul, saya amat berwaspada dan berhati-hati apabila membaca berita yang disiarkan oleh media. Kewaspadaan ini akan melonjak tinggi jika media ini terbitan negara-negara seperti Malaysia atau Saudi Arabia. Kerana di negara ini, ruang demokrasi untuk media tidak wujud. Laporan beritanya bukan sahaja tidak tepat, malah sering tergantung tidak diketahui hujung pangkalnya.

Dalam satu dekad kebelakangan ini, nampaknya media-media arus perdana di negara Eropah Barat dan di Amerika Utara semakin banyak beralih tangan dan pemilikannya semakin terpusat. Hari ini hanya tinggal beberapa akhbar terutama di Eropah Barat yang masih lagi bebas dari cengkaman pemerintah atau dikontrol oleh tuan-tuan pemilik.

Kebelakangan ini, kebebasan ini juga telah sampai ke tahap nyawa-nyawa ikan, terutama semenjak Bush dan Blair melancar perang ke atas Iraq dan negara di Timur Tengah. Ini terbukti jelas dalam kes Jean Charles de Menezes, anak muda Brazil yang berumur 27 tahun yang telah ditembak mati di stesen keretapi bawah tanah Stockwell di selatan London pada Jumaat 22 Julai lalu.

Media kota London, tanpa selidikan rapi, telah menerima fakta dan kenyataan rasmi dari pihak polis sebagai berita sahih. Berita ini juga telah dipetik pula oleh media antarabangsa, termasuk akhbar di Malaysia. Menezes dikatakan memakai jaket besar dan agak ganjil kerana ketika ini musim panas. Jaket ini pula mengelembung dan agak mencurigakan bentuknya. Menezes dilaporkan telah cuba melarikan diri dari ditahan. Akirnya Menezes ditembak lima kali di kawasan membeli tiket.

Dari awal lagi, laman-lamanweb dan blog-blog telah menunjukkan bahawa laporan berita tentang pembunuhan Menezes ini tidak benar. Pemberita dari lamanweb dan penulis blog telah mempertikaikan laporan polis itu. Ini berdasarkan apa yang telah dapat didengar dan dibaca dari mereka yang menyaksikan pembunuhan tersebut.

Akhirnya, dua hari lalu terbukti bahawa semua laporan awal hanya satu pembohongan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar bersedia menerima hakikat bahawa dasar 'shoot to kill' atau tembak hingga mati, adalah dasar yang tepat untuk menentang keganasan. Kini gambar mayat Menezes telah dapat dilihat umum. Ternyata yang dia bukan ditembak di tempat jual tiket tetapi dalam keretapi.

Dia tidak memakai jaket tetapi berseluar jean denim dan berbaju musim panas. Malah dia juga telah mengambil akhbar percuma yang terletak dalam stesen sebelum menaiki keretapi. Semua ini bukan kelakuan atau perangai orang yang ingin meledakkan diri sendiri. Akhirnya diketahui bahawa Menezes ditembak bukan lima das tetapi lapan kali.

Ledakan bom

Berita akhir ini telah dibocorkan ke stesen ITV kota London. Siapa yang membocorkan maklumat ini dan apa tujuannya, untuk saya tidak penting dan tidak menghairankan. Memang ramai individu dari pegawai rendah hingga yang tertinggi di dalam jentera pentabiran Tony Blair yang cukup bersedia untuk membocorkan apa sahaja maklumat, terutama yang berkiatan perang di Iraq. Ini kerana majoriti rakyat tidak bersetuju untuk menghantar bala tentera British ke Iraq.

Pada awalnya, apabila pembunuhan ini berlaku, orang ramai agak yakin dengan kenyataan ketua polis kota London. Penduduk kota London baru sahaja menerima serangan dua ledakan bom yang telah menewaskan lebih dari 50 orang dan mencederakan ratusan lagi. Suasana tegang ini mungkin menuntut tindakan yang agak tegas, justeru dasar tembak hingga mati memiliki asas.

Tetapi apabila diperhatikan secara teliti, apa yang telah berlaku, maka banyak persoalan yang timbul dari jawapan yang diterima. Dalam kes ledakan pertama pada 7 Julai, hingga ke hari ini masih belum diketahui kenapa berlakunya 'latihan darurat' di waktu dan di kawasan yang sama dengan tempat bom meletup. Persoalan ini hingga ke hari ini hanya terus ditimbulkan oleh lamanweb dan blog, manakala media cetak arus perdana seperti telah 'mamai' terlupa.

Dari pembocoran maklumat laporan siasatan polis, kini telah diketahui umum bahawa yang menembak mati Jean Menezes bukan Bobby 'polis kota London', tetapi satu lagi pasukan baru. Dan yang melepaskan lapan das tembakan itu ialah seorang tentera. Maklumat yang bocor ini juga telah memberitahu bahawa pasukan baru ini telah diberi taklimat oleh tentera Zionis Israel.

Pegawai polis London juga telah pergi ke Isreal untuk mencari pengalaman dan melihat bagaimana pasukan tentera Zionis Israel menggudam Intifada Palestin dan membedil Hamas. Saya berpendapat, serangan bom di kota London itu bukan sesuatu yang menghairankan. Malah sama seperti serangan 911 di New York, semua ini adalah satu perancangan yang tersusun. Kematian 4 anak muda Islam yang dikatakan membawa bom itu, hingga ke hari ini terus disangsikan. Media arus perdana di Britain yang masih ingin menghormati diri mereka sendiri, terpaksa turut sama bertanya apakah ada 'satu badan' lain di belakang anak-anak muda Islam yang terkorban ini.

Kelakuan, perangai dan tindak tanduk empat anak muda ini tidak memperlihatkan yang mereka adalah pengebom bunuh diri. Hingga ke hari ini masih belum keluar lagi satu kenyataan/laporan rasmi tentang kes ini. Spekulasi dan perbincangan masih terus berjalan di dalam laman-lamanweb anti-perang yang semakin berselerak tumbuh di seluruh dunia.

Apa yang jelas dari pembocoran ini ialah telah wujud apa yang dipanggil 'Operation Kratos' di mana dasarnya ialah membunuh sesiapa sahaja yang disyaki sebagai pengganas. Pengganas dalam istilah kerajaan Tony Blair dan George Bush ialah para jihadis, para simpatisan Bin Ladin dan kumpulan Islam yang menentang campurtangan kuasa imperial Anglo-Amerika di Timur Tengah.

Perjuangan rakyat Iraq

Untuk mencari orang yang menentang kuasa imperial Anglo-Amerika ini bukan sesuatu yang susah. Hampir tiga perempat rakyat Britain menentang perang di Iraq dan menentang dasar dan projek rompakan minyak yang sedang dijalankan oleh George Bush. Memang betul. Jika diambil banci pasti, hampir kesemua penduduk Islam di United Kingdom akan menyokong perjuangan rakyat Iraq menentang kuasa imperial Anglo-Amerika. Tetapi jika dibandingkan secara nisbah, lebih banyak orang yang bukan Islam di UK yang anti-Blair dan anti-Bush.

Bagi saya pengeboman dan pembunuhan ini adalah satu taktik untuk menimbulkan 'tension' ketegangan. Strategi ketegangan ini telah digunakan pada tahun 70-an hingga akhir 80-an. Setelah selesai perang dingin, maka terbukalah semua 'fail dan buku lama'. Jika kita menggoogle perkataan 'gladio', maka kita akan memahami bagaimana kuasa imperial Amerika telah menjalankan jarumnya untuk menimbulkan ketegangan di Eropah Barat.

Di era itu, kita melihat bagaimana Itali telah 'berperang' dengan kumpulan Red Brigade. Di Belgium ada kumpulan yang dipanggil CCC cell communist combattant. Di Peranchis wujud kumpulan 'Action Direct'. Semua kumpulan ini, jika dilihat dari apa yang dilaporkan oleh media arus perdana, adalah puak kiri marxist yang menentang kuasa imperialis Amerika. Tetapi jika diselidiki dengan rapi, maka akan ditemui bahawa kumpulan ini sengaja ditubuhkan oleh kuasa imperial untuk menimbulkan suasana tegang di Eropah.

Stesen keretapi Bologna Itali telah dibom pada tahun 1980 dan meragut 80 nyawa. Yang dituduh ketika itu ialah kumpulan kiri 'Red Brigade. Bank-bank di Paris telah diletupkan oleh kumpulan 'Action Direct'. Malah di Brussels, ibu pejabat Nato sendiri telah juga dibom. Beberapa kali serangan telah dilakukan dibeberapa pasaraya di Belgium. Dan jangan terlupa tentang percubaan membunuh Pope John Paul di Vatican. Semua ini adalah perancangan licik yang dilakukan oleh ular dua kepala. Fakta ular dua kepala ini kini telah menjadi rahsia umum setelah perang dingin di Eropah berakhir.

Tujuan menimbulkan ketegangan ini cukup senang. Sama seperti yang telah dijalankan oleh Mahathir Muhamad dalam kes Al -Maunah di Sauk. Apabila suasana tegang diwujudkan, maka rakyat akan mencari perlindungan. Perlindungan terbaik hanya akan dapat diberikan oleh kuasa yang memerintah. Lebih tegang suasana yang wujud, ianya akan lebih menakutkan rakyat. Rakyat akan terus merasa kurang selamat. Dalam keadaan demikian, rakyat akan bersedia untuk membenarkan pemerintah melakukan apa sahaja asal.

Strategi tegang ini bukan sesuatu yang baru. Ianya telah dipraktikkan dari zaman berzaman. Apa yang berubah dan bertukar hanya perancang dan pemainnya. Telah menjadi rahsia umum bahawa Ikhwan Muslimin di Mesir itu telah digunakan oleh kuasa imperial Amerika untuk menentang presiden Naseer. Umum juga telah mengetahui Usama Bin Laden itu telah disusun, dipilihara, dididik dan dilatih oleh kuasa imperial Amerika untuk menentang USSR pada tahun 80-an dahulu. Peranan membina apa yang dipanggil hari ini Al-Qaeda ini telah dilakukan oleh Inter-Services Intelligence yang dimiliki oleh kerajaan 'Islam' Zia-ul Haq di Pakistan. Dana didatangi dari saku ular dua kepala.

Di dalam kes Tony Blair, dia memerlukan ketegangan untuk meluluskan beberapa

undang-undang dalam Parlimen. Tony Blair ingin memaksa rakyat Britain menerima konsep kad pengenalan. Beberapa kali cadangan ini telah ditolak. Tetapi setelah berlakunya letupan bom ini, kelihatan peratus persetujuan orang ramai bertambah untuk bersedia memakai kad pengenalan.

Tata baru dunia

Jean Menezes dibunuh kerana tidak diketahui siapa dia sebenarnya. Mengikut lojik Blair, jika Menezes memiliki kad pengenalan, maka pasti dia akan dikenali sebagai rakyat yang taat setia kepada Queen dan bukan seorang pengganas Islam. Tony Blair juga ingin mendapatkan persetujuan Parlimen untuk menahan orang yang disyaki sebagai pengganas tanpa bicara. Ini samalah seperti apa yang telah dilakukan oleh Tengku semasa memujuk parti PAS supaya menyokong Akta ISA di Parlimen pada tahun 1962 dahulu. Ketika itu, yang menjadi alasan ialah Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM). Lihatlah hasilnya Chin Peng telah tua dan PKM entah ke mana, tetapi ISA masih wujud dan terus menghantui rakyat negara ini.

Bagi Tony Blair, orang yang ingin dimasukkan ke dalam penjara ialah para imam dan pemimpin agama Islam yang bersuara lantang menentang projek kuasa imperial Anglo-Amerika untuk menjarah bumi Arab. Mengikut perhitungan Tony Blair, para pemimpin agama hari inilah yang bertanggungjawab membawa keganasan ke kota London. Lojik lucah Tony Blair ini terlupa bahawa satu ketika dahulu, di masjid dan di madarasah yang sama, imam-imam ini telah berkhutubah setiap Jumaat. Tidak timbul pun agenda keganasan sehinggalah soldadu Blair dan soldadu Bush menyerang Iraq.

Dalam suasana tegang ini, Tony Blair ingin mendapat mandat lebih besar dari Parlimen untuk melakukan apa yang telah dirancangnya bersama George Bush. Kumpulan neo-con dan kabal Zionist di Rumah Putih telah merancang untuk melahirkan apa yang dipanggil 'new world order' tata baru untuk dunia. Tata baru dunia ini adalah dunia yang akan dimiliki kaum pemodal dari syarikat multinasional. Dunia baru ini juga akan diuruskan oleh Bank Dunia, WTO dan jaringan badan-badan yang bersimpati dengan tujuan dan cita-cita projek ini. Penyusunan semula dunia ini sedang berjalan walau pun tidak setepat yang dirancang.

Cita-cita untuk menakluk Iraq yang dianggap 'sesenang makan tapai' kini terbukti salah. Tetapi ini tidak akan mematahkan projek tata dunia baru. Pelan induk untuk 'membetulkan' dan mengubah Iran telah tersusun dan hanya menunggu masa untuk direalisasikan. Sebenarnya apa yang sedang berlaku disekeliling kita hari ini adalah sebahagian dari proses perancangan itu.

Kes pembunuhan Jean Menezes ini akan mencabar kewibawaan media di United Kingdom. Ianya juga akan menguji kejujuran para wartawan Britain. Laporan awal tentang pembunuhan Menezes telah memperlihatkan bagaimana media liberal kota London telah 'terbolos', lalu memakan umpan yang dipasang olih pihak perancang. Pergolakan antara pengamal media dengan mereka yang merancang 'new world order' akan menjadi lebih sengit dan pasti banyak lagi yang akan meledak.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS