Most Read
Most Commented
Read more like this

"Bukan sahaja kerajaan Malaysia, malah tidak ada kerajaan di dunia yang boleh mengekalkan harga minyak untuk rakyat pada paras yang sedia ada sekiranya harga bahan itu di pasaran dunia terus melambung," katanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ketika membayangkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak di negara ini sekiranya harga bahan api itu di pasaran dunia terus melambung.

Harga minyak mentah dunia kini melepasi paras AS$70 setong, paras tertinggi dalam sejarah dunia. Ekoran itu, Najib meminta rakyat memahami situasi yang dihadapi sekarang dan jangan menyalahkan kerajaan sekiranya harga petroleum di pasaran tempatan terpaksa dinaikkan. ( Dipetik dari Utusan Malaysia 29 Ogos 2005 )

President Bush answered growing antiwar protests yesterday with a fresh reason for US troops to continue fighting in Iraq: protection of the country's vast oil fields, which he said would otherwise fall under the control of terrorist extremists. ( Petikan dari tulisan Jennifer Loven, AP 31 Ogos 2005 ).

In the 1950s Shell Oil Company geologist M King Hubbert predicted that America's petroleum supply would soon peak and gradually decline. His concept was mathematically developed, based on empirical evidence, technical and rather narrow. Though other geologists were skeptical, Hubbert was proven correct when America's oil supply did peak in the early l970s. In typical scientific fashion, this phenomenon became known as Hubbert's Peak. His students and others - such as now retired Princeton University geologist Kenneth Deffeyes -continued his scientific work to establish his theory. Peak Oil is being increasingly accepted within the oil industry, by the media and the public, though the term itself is not always used. ( Petikan dari tulisan Shepherd Bliss, Energy Bulletin 1 September 2005 ).

Akhirnya, Presiden Bush terpaksa berlaku jujur dan mengakui bahawa tujuan asal Amerika menakluk Iraq ialah untuk mengawal dan menimba telaga minyak di Iraq. Buat pertama kalinya presiden Amerika itu berkata demikian kerana dia ingin mengolah persetujuan rakyat Amerika agar mereka terus menyokong dasar perang yang sedang dilakukan oleh bala tentera Amerika di Timur Tengah.

Perang Iraq telah menewaskan hampir 1,900 nyawa tentera Amerika. Perang ini masih belum dilihat kunci tamatnya. Gerila pembebasan Iraq semakin tesusun dan semakin licik. Pertengahan tahun hadapan akan berlaku pemilihan dewan Senate dan dewan Kongres di Amerika Syarikat. Ini akan menguji kekuataan dasar parti presiden Bush Parti Republikan. Bush dipaksa menerima akibat dari dasar yang telah dijalankannya. Rakyat Amerika semakin gelisah dengan perang dalam masa yang sama harga minyak terus melonjak.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS