Most Read
Most Commented
Read more like this

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengawal dan menghukum pengguna/pemakai bahasa Melayu yang lekeh. DBP juga akan mengenakan 'tol' jika kesalahan ini terbukti. Saya menyokong 103 peratus langkah ini. Kerana buku-buku DBP dan majalah-majalah keluarannya telah terbukti gagal untuk dijadikan sumber

pendapatan. Duit-duit saman 'salah bahasa' ini pasti boleh menampung sedikit dana negara untuk mejayakan RMK9.

Hanya satu yang saya agak merisaukan saya apakah 'Level Four' telah mengetahui hal ini. Ini kerana saya telah difahamkan segala projek yang 'mashuuuuk' wajib mendapat kelulusan 'Level Four". Juga apakah perojek 'saman dan denda DBP' akan dapat diswastakan kepada seorang Bumi agar satu lagi 'pengusaha Bumi dapat dibantu untuk dijadikan " Melayu Unggul".

Sebenarnya 'pelucahan' penggunaan Bahasa Melayu ini telah lama berlaku. Biar saya bersurah kepada mereka yang muda dan "cun" yang tidak tahu makna perkataan 'mambang dan bergetah'. Juga agar ibu bapa dan datuk-datuk yang tidak pernah mendengar istilah "poyo" dan "comolot".

Kisahnya begini: Pada ketika apa yang yang dipanggil Hari Merdeka 31 Ogos 1957 dahulu ekonomi Tanah Melayu ini masih dimiliki oleh "Mat Salleh". Apa yang berlaku pada pada bulan Ogos itu hanyalah Tuan-Tuan Mat Salleh telah balik kampung tetapi harta kekayaan masih lagi di tangan mereka. Projek 'merdeka' ini adalah projek Mat Salleh untuk menaikkan juak-juak mereka untuk menjadi pegawai-pegawai dan penjaga harta kekayaan mereka.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS