Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Gambar seksi Zahida, rakan undang cemuhan
Diterbitkan:  Jul 27, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Akibat memuat naik gambar seksi bersama rakannya di Instagram, pelakon Zahida Rafik dikecam peminat yang menganggap perbuatan itu keterlaluan.

Malah, gambarnya bersama dua rakan ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang kawan lamanya itu disifatkan pengguna maya sebagai “separuh bogel”.

Gambar yang dimuat naik semalam itu menunjukkan pelakon itu memakai pakaian menampakkan bahu kiri dan kain terbelah hingga ke paha.

 

Us..😊 #oldfrndslongstory

A photo posted by zahidarafik (@zahidarafik) on

Bagaimanapun, yang lebih mencolok mata pada gambar tersebut adalah pakaian kawannya yang menampakkan sebahagian payudaranya.

Pelbagai reaksi mengkritik melalui komen oleh pengikutnya di Instagram, malah ada juga yang memuji dan memberikan nasihat.

nurdanish.danish: “Cantiknya @zahidarafik. Sangat classy.”

Memoirsroseate1430: “Yang baju hitam itu baik naked (bogel) terus. kesian kain itu.”

queentanibrahim: “Kalau Allah tarik kecantikan itu, sekejap saja hilang. Harap Zahida faham, semuanya milik Allah.”

Lihat Komen
ADS