Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
SleeQ muncul lagi dengan #1
Diterbitkan:  Aug 27, 2015 11:36 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

Setelah namanya dilonjakkan lagu Tepi Sikit , kini SleeQ hadir pula dengan single terbaru yang mendapat sambutan berjudul #1 .

Berbeza dengan lagu Tepi Sikit yang mengisahkan perasaan tidak puas hati kepada seseorang, #1 pula menceritakan perasaan cinta dan sayang yang bukan hanya ditujukan kepada kekasih, tetapi pada apa saja yang menjadi nombor satu dalam hati seseorang, termasuklah keluarga.

Muzik video #1 juga sudah berada di YouTube pada 19 Ogos 2015 dan dalam jangka seminggu sahaja telah mencecah hampir 26,000 tontonan.

Lagu dan lirik lagu #1 dicipta sepenuhnya oleh Alif dan Syarif sendiri.

Lagu berentak hip-hop dan R&B itu mampu menjadikan pendengar berasa ceria dan senang untuk mengikuti rentaknnya.

SleeQ pula berharap lagu #1 boleh memberi semangat dan kekuatan kepada mereka yang mendengarnya.

Matlamat SleeQ adalah untuk berkongsi muzik dan lagu mereka kepada orang ramai.

Lagu #1 oleh SleeQ itu merupakan satu lagi produk edaran Warner Music (M) Sdn Bhd.

Lihat Komen
ADS