Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Siapa suami Titi Kamal dalam AADC 2?
Diterbitkan:  Aug 28, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

Titi Kamal disahkan bakal muncul lagi sebagai penyeri filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) 2 yang bakal memulakan penggambaran Oktober ini.

Namun, sesuai dengan perubahan masa dan usia, watak Titi nanti digambarkan sudah bersuami.

Siapakah suami Titi dalam AADC 2?

Suami di dunia realiti Titi, Christian Sugiono pun bermain teka-teki.

"Tunggu saja nanti. Kalian boleh lihat siapa suami Titi dalam AADC 2," katanya dilaporkan media hari ini.

AADC adalah filem cinta remaja yang mendapat sambutan hangat ketika ia mula ditayangkan pada 2002.

Selain Titi, AADC asal menampilkan dua pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo (sebagai Cinta) dan Nicholas Saputra (Rangga). Mereka adalah pelajar sekolah menengah yang dipertemukan oleh minat kepada puisi.

Baru-baru ini diumumkan AADC 2 akan dihasilkan selepas didapati sambutan terhadap filem itu masih hangat. Ia sekali lagi akan mendapat sentuhan sutradara Riri Reza.

Sebelum ini, Christian, 34, ditanya mengenai pembabitan isterinya, Titi, 33, dalam AADC 2.

"Titi memang terlibat (dalam AADC 2). Tunggulah, lihat siapa suaminya nanti," kata Christian sambil tersenyum.

Christian - dinobat sebagai selebriti lelaki paling seksi di Indonesia pada 2014 - berkata AADC memang filem yang hebat dan masih berbekas di hati penonton hingga kini.

"Apa yang pasti, dalam AADC 2 nanti Titi tidak lagi memakain seragam sekolah," katanya.

Lihat Komen
ADS