Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aktres 'belasah' bekas teman lelaki?
Diterbitkan:  Aug 28, 2015 3:49 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Artis wanita ini memang selalu menjadi perhatian tetapi malangnya ia berlaku bukan atas sebab yang sepatutnya.

Jika dulu dia dikaitkan dengan gambar bogel, kali ini artis terbabit sekali lagi menjadi fokus apabila didakwa 'membelasah' lelaki yang pernah menjadi kekasihnya - hanya kerana perselisihan faham.

Si lelaki itu pula bukan sembarangan orang. Dia adalah seorang atlet sukan bela diri yang pernah menyertai pertandingan peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Namun dalam kejadian terbaru itu, artis berkenaan bukanlah membelasah sendiri bekas teman lelakinya, tetapi dipercayai mengupah sekurang-kurangnya 40 lelaki lain untuk menyerang di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Beberapa komen ‘panas’ mengenai kejadian turut dimuatnaik oleh seorang wanita – dipercayai kekasih baru lelaki itu – menerusi akaun Instagramnya.

“Perempuan *** tidak habis-habis kacau hidup aku. Mabuk macam ******.

“Padan muka kena simbah air dengan orang ramai di kelab tadi.

“Tidak pasal mengamuk di meja aku. Tidak tahu malu kah ****.

“Kau mahu block aku ekk? Jangan kacau teman lelaki aku lagi la ****. Faham?

Berdasarkan laporan pelbagai pihak pergaduhan bermula apabila lelaki berkenaan cuba mendekati bekas teman wanitanya itu, namun, perbalahan tercetus beberapa minit kemudian.

Situasi mulai tegang dan orang ramai cuba meredakan keadaan dengan menyimbah pelakon wanita itu dengan air.

Beberapa pengawal terpaksa mengambil tindakan mengiringi artis itu hingga keluar dari kelab berkenaan.

Laporan polis mengenai kejadian itu sudah dibuat.

Malaysiakini sudah menghubungi artis berkenaan dan masih menunggu maklum balas daripadanya.

Lihat Komen
ADS