Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Apa hubungan Inside Out dan Sains memori?
Diterbitkan:  Aug 31, 2015 5:00 AM
Dikemaskini: 9:10 PM

Jarang sebuah filem animasi ditonton segenap lapisan umur seperti dalam filem Inside Out .

Malah, ia dianggap sebagai buah tangan Pixar yang bukan sahaja terbaik, tetapi juga paling bijak.

Filam itu memaparkan lima emosi yang berdiri sebagai watak tersendiri, iaitu: Kegembiraan, Ketakutan, rasa jijik, marah dan sedih.

Menurut Forbes , ia diilhamkan daripada karya ahli psikologi Amerik Syarikat Robert Plutchik.

Plutchik mencadangkan lapan emosi asas. Tiga lagi emosi itu ialah kepercayaan, rasa terkejut dan mengharap.

Idea itu digelar Plutchik sebagai psycho-evolutionary synthesis kerana ia berdasarkan teori Charles Darwin’s bahawa ekspresi binatang menggambarkan emosi yang membantunya terus hidup.

Mungkin inilah yang membuatkan Inside Out begitu istimewa.

Filem ini mula ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia bermula 20 Ogos lalu.

Lihat Komen
ADS