Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
James Earl Jones mangsa khabar angin
Diterbitkan:  Aug 31, 2015 9:36 AM
Dikemaskini: 1:38 AM

Pelakon veteran Hollywood, James Earl Jones, 84, dilaporkan menjadi mangsa terbaru penyebaran berita palsu apabila sebuah laman sesawang parodi menyiarkan kononnya dia meninggal dunia.

Pada laman itu, pemiliknya menyiarkan 'berita' berkenaan dan meminta pengunjung menekan pautan yang disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sesiapa menekan pautan itu kemudian dibawa ke halaman lain memaparkan tulisan "Anda tertipu!"

Malangnya ada pihak tertentu yang tidak membuat semakan kedua sebaliknya menyebarkan berita palsu itu di Internet.

Ia menyebabkan khabar berkenaan merebak cepat di kalangan pelayar alam maya.

Malah sesetengah pelayar menulis ucapan takziah di Twitter.

Hakikatnya pelakon yang pernah membawa menggunakan suaranya untuk watak Darth Vader itu masih sihat.

Malah, dia dilaporkan sudah menerima tawaran untuk terbabit dalam penghasilakn filem terkini Lion King.

Lihat Komen
ADS