Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jika Tuhan pun 'cemburu diduakan'...
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 1:13 PM
Dikemaskini: 5:29 AM

Selama tujuh tahun hidup bersendirian, akhirnya pelakon Maia Estianty membuka mulut mengenai punca perceraiannya yang membabitkan pihak ketiga.

Hal itu membuatkan Maia meluahkan perasaan berbuku dan perit diduakan Ahmad Dhani menerusi akaun Twitter miliknya.

“Jika Tuhan 'cemburu diduakan' oleh umat-Nya, bagaimana kalau manusia diduakan manusia? Tidak perlu dikomen,” katanya.

Perceraian mengaitkan wanita lain itu sebenarnya tidak perlu diduga siapakah gerangannya.

Kenyataan itu segera ditanggapi orang ramai sebagai tudingan kepada Mulan Jameela ( gambar ) sebagai penghancur rumahtangga Maia - Ahmad Dhani.

Di sebalik itu, sebenarnya Maia dan Mulan pernah bergandingan dalam Ratu - kumpulan duo yang bergerak aktif dari 1999 hingga 2007.

Menariknya, kedua-dua mereka digabungkan oleh Ahmad Dhani sendiri.

Antara lagu Ratu yang pernah menjadi hit adalah Teman Tapi Mesra dan Lelaki Buaya Darat.

Ekoran perselisihan faham, Mulan menarik diri daripada Ratu pada 2007 dan kemudian dikhabarkan telah berkahwin secara rahsia dengan Ahmad Dhani.

Terdahulu, status Maia sebagai isteri tergantung selama enam tahun sebelum rasmi bercerai dengan Ahmad pada 2008.

Menurut Maia, Ahmad dan Mulan sudah menjadi suami isteri sebelum mereka bercerai.

“Mulan keluar dari Ratu kerana poligami,” kata Maia.

Lihat Komen
ADS