Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aishwarya, Akshay Kumar 'jadi Arab'
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 2:59 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Apa cerita Aishwarya Rai belajar cakap Arab?

Media hari ini melaporkan, pelakon jelita dan bekas ratu dunia itu mempelajari bahasa berkenaan bersama pasangan pelakon Akshay Kumar.

Rupa-rupanya, Aishwarya mendalami sedikit bahasa berkenaan sebagai persediaan membawa watak Anuradha Verma dalam filem terbarunya, Jazbaa , yang akan ditayangkan di seluruh dunia tidak lama lagi.

Pengarahnya, Sanjay Gupta, berharap Jazbaa dapat ditonton orang ramai mengikut kesesuaian bahasa setempat, termasuk di negara Arab.

Times of India melaporkan klip promosi Jazbaa sudah dialih bahasa dan ditayangkan di Emiriah Arab Bersatu.

Sanjay berkata, selain Arab, promosi filem itu turut menggunakan bahasa Sepanyol dan Portugis yang meluas digunakan di Amerika Selatan.

Lebih realistik

Sumber lain pula berkata, Aishwarya sendiri mahu suaranya digunakan dalam promosi Jazbaa di luar negara.

"Jika suara orang lain digunakan (untuk berbahasa Arab), ia boleh menjejaskan pandangan orang terhadapnya dalam filem itu. Jazbaa sangat penting kepada Aishwarya kerana ia adalah filem pertamanya selepas tiga tahun berehat," katanya.

Jazbaa mungkin filem India pertama dipaparkan menggunakan bahasa Arab.

Mengulas pendekatan itu, Sanjay berkata pasaran untuk filem Bollywood di negara Arab sangat besar.

Maka tidak hairanlah apabila Akshay turut mengambil langkah sama mempelajari bahasa berkenaan.

Untuk filem terbarunya, Airlift, Akshay membawa watak hartawan India - Arab, Ranjit Katyal.

Demi memperlihatkan wataknya lebih realistik, Akshay perlu berbahasa Arab dalam adegan tertentu.

Untuk makluman, Ranjit Katyal adalah tokoh yang bertanggungjawab menyelamatkan kira-kira 170,000 warga India di Kuwait ketika negara itu diceroboh tentera Iraq pada 1990.

Airlift akan ditayangkan pada tahun depan.

Lihat Komen
ADS