Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lima minit pun Krisdayanti tak mampu?
Diterbitkan:  Sep 3, 2015 6:28 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

Titania Aurelie Nurhermansyah - atau lebih dikenali Aurel - sepatutnya meraikan hari lahirnya yang ke-17 pada 10 Julai, namun demi ibu tersayang majlis berkenaan ditunda jauh dari tarikh asal.

Namun jika tiada rezeki, ia tetaplah tidak tercapai.

Akhirnya sambutan hari lahir Tatiana berlangsung tanpa kehadiran ibunya, Krisdayanti.

“Saya sudah lama mengundang ibu. Saya tidak mahu menyambutnya jauh dari tarikh sebenar,” katanya seperti dilaporkan media Indonesia hari ini.

Sebelum itu Tatiana menghadiri program Hitam Putih terbitan sebuah stesen televisyen di Jakarta Timur semalam.

Kata Tatiana, ibunya terikat dengan jadual kerja yang ketat dan tidak dapat hadir pada 10 Julai lalu.

Mohon maaf

Justeru, Tatiana tiada pilihan lain kecuali memilih tarikh lain yang boleh dihadiri Krisdayanti.

“Ibu berkata ada pertunjukan, lantas saya menetapkan majlis itu pada 29 haribulan.

“Tetapi lepas hari itu berlangsung baru ibu menyatakan dia tidak boleh hadir,” ujarnya dalam nada hiba.

Tonight's outfit for my birthday party celebration. Dress @mymischa. Accessories @houseofjealouxy. Fashion Stylist @erichalamin. MUA @makeupbylaode. Hair by @hairstylist_arrusa.

A photo posted by Aurelie Hermansyah (@aurelie.hermansyah) on

Dilahirkan pada 10 Julai 1998, gadis itu sepatutnya menyambut hari ulang tahunnya kira-kira dua bulan yang lalu.

Namun, disebabkan kasih kepada ibu, Tatiana sanggup menunda tarikh berkenaan hingga 28 Ogos.

Penyanyi Tanpa Bintang itu mengakui Krisdayanti ada menghubungi beliau dan memohon maaf atas kegagalannya untuk meraikan hari istimewa berkenaan.

“Ibu mohon maaf tidak dapat datang.

“Tapi umum tahu, sekiranya ada sambutan kelahiran anak, sudah pasti ibu bapa datang meskipun setakat lima minit,” katanya.

Lihat Komen
ADS