Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelakon 'bocorkan' rahsia AADC 2
Diterbitkan:  Sep 4, 2015 12:35 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Pelakon Ada Apa Dengan Cinta (AADC) 2 kini dilaporkan sedang mencari keserasian sejati menjelang permulaan penggambaran filem itu Oktober ini.

Salah seorang pelakon AADC 2, Dennis Adishwara berkata mereka sudah beberapa kali berkumpul sambil minum-minum.

Maklumlah, katanya, mereka sudah lama tidak bertemu dan bekerjasama kerana kali terakhir AADC dirakamkan adalah pada 2002.

"Kami lepak-lepak sejak Jun lagi," katanya.

Dennis, 32, akan membawa watak pemuda bernama Mamet dalam AADC 2.

Dia juga sempat 'membocorkan' sedikit maklumat mengenai filem berkenaan.

"Nanti saya akan kumpulkan semua gadis jelita dalam sebuah kereta," katanya kepada media semalam.

Dalam kereta Dennis itu nanti, akan ada Cinta (Dian Sastrowardoyo), Alya (Ladya Cheryl), Carmen (Adinia Wirasti), Maura (Titi Kamal) dan Milly (Sissy Priscillia). Mereka digambarkan bergegas ke lapangan terbang untuk mengejar Rangga (Nicholas Saputra).

Ia bagaikan salah satu babak dalam AADC asal, namun kali ini, kata Dennis, suasananya berbeza.

"Sebab keadaan kini memang berbeza. Kami semua sudah kian dewasa," katanya sambil ketawa.

Lihat Komen
ADS