Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Kontrak sulung' The Beatles dilelong lebih RM2j
Diterbitkan:  Oct 3, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:10 AM

Kontrak pertama ditandatangani kumpulan The Beatles dijual dalam acara lelongan di London pada harga £365,000 (RM2.44 juta).

Media melaporkan, kontrak dengan tandatangan pengurus kumpulan legenda itu, Brian Epstein, dibida dalam acara dikendalikan firma lelongan Sotherby's.

Kontrak pada 1962 itu menjadi lebih bernilai kerana akhirnya ditandatangani walaupun Paul McCartney dipercayai sengaja melewat-lewatkannya dengan berlama-lamaan mandi sebelum hadir ke majlis ditetapkan.

Ada juga antara ibu bapa anggota The Beatles berpendapat anak mereka terlalu muda untuk menurunkan tanda tangan persetujuan bagi pihak mereka sendiri.

Kontrak itu juga menjadi satu-satunya dokumen rasmi ditandantangani semua anggota The Beatles - McCartney, John Lennon, George Harrison dan Ringo Starr - bersama Epstein.

Beatles contract sold at London auction http://t.co/vA39dd0PZ2 pic.twitter.com/PrPZU8NTSk

— eNCA (@eNCA) September 29, 2015

Dokumen itu dijual pada harga £240,000 (RM1.6 juta) ketika lelongan pada 2008.

Dalam lelongan terbaru itu, gitar Fender Stratocaster milik Eric Clapton juga dibida pada harga £45,000 (RM301,378).

Awal bulan ini satu dokumen rakaman ditandatangani The Beatles pada 1961 bertukar hak milik selepas dilelong pada harga lebih £60,000 (RM401,837).

Beatles contract sold for £365,000 at London auction http://t.co/R0xy4xR36R pic.twitter.com/5CMJiRkyyQ

— FRANCE 24 (@FRANCE24) September 29, 2015

Lihat Komen
ADS