Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Adam Levine dah kahwin? Ini reaksi peminat ciliknya
Diterbitkan:  Oct 3, 2015 7:10 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

Seorang kanak-kanak perempuan menjadi begitu beremosi dan tidak dapat menerima kenyataan sebaik mendapat tahu bintang pujaannya, penyanyi Adam Levine sudah berkahwin.

Kejadian lucu itu disiarkan menerusi sebuah rakaman video yang menjadi viral di dalam YouTube.

Dalam klip video itu, kanak-kanak dikenali sebagai Mila itu kelihatan berada di tempat duduk bahagian belakang kereta.

Sambil merakam aksinya, ibu Mila memberitahu berita berkenaan.

“Ibu tidak mahu kamu terlalu sedih tetapi terpaksa juga memberitahu, Adam Levine telah berkahwin,” kata wanitatersebut.

Levine, 36, adalah vokalis band Maroon 5. Dia berkahwin dengan model Behati Prinsloo, 26, pada 19 Julai tahun lalu.

Levine pernah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi Di Dunia oleh majalah People pada 2013. Dia juga menjadi salah seorang jurulatih untuk siri realiti televisyen The Voice .

Sebaik mendapat tahu mengenai berita perkahwinan Levine, kanak-kanak berkenaan menangis dengan sekuat hati.

“Tidaaaaaaak! Dia tidak berkahwin lagi ibu!,” ujarnya.

Lihat Komen
ADS