Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pemain dram AC/DC bersalah mengugut bunuh
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 3:11 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Hakim Mahkamah Tinggi Wellington hari ini mengekalkan sabitan terhadap pemain dram kumpulan hard rock Australia, AC/DC yang didapati bersalah mengugut untuk membunuh salah seorang krunya.

Dalam penghakimannya sebentar tadi, Raynor Asher berkata kenyataan dibuat Phill Rudd pada November tahun lalu bukan sekadar kemarahan biasa, sebaliknya menunjukkan ada kesungguhan membunuh.

"Ancaman (dibuat Rudd) itu bukan kemarahan spontan, sebaliknya menggambarkan keinginan serius untuk menakut-nakutkan mangsa," katanya.

Rudd ditahan di rumahnya di Tauranga New Zealand pada November 2014 selepas mengeluarkan kenyataan bersifat ancaman terhadap ketua keselamatan yang bertugas untuk majlis pelancaran album solonya, Head Job.

Selain menuntut petugas terbabit "disingkirkan" Rudd juga menghubungi lelaki terbabit dan mengugut untuk membunuhnya.

Tak berfikir waras

Rudd, 61, berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun namun apabila dibicarakan hakim mengarahkan dia ditahan lapan bulan.

Rudd kemudian mengemukakan rayuan untuk meringkankan hukuman berkenaan.

Hakim juga menolak hujah bahawa kedudukan Rudd dalam AC/DC tergugat jika hukuman berkenaan dikekalkan.

Kata Asher tempat Rudd dalam band itu sudah diisi oleh pemuzik lain.

"Saya menerima hujah Rudd tidak berfikiran waras ketika itu namun kedudukannya yang dipengaruhi dadah tidak diambil kira," katanya.

Dia kemudian dilaporkan cuba merasuah pengawal keselamatan terbabit dengan wang bernilai NZ$200,000 (RM568,359), sebuah motosikal, kereta dan rumah untuk membolehkan kes itu diselesaikan di luar mahkamah.

Ketika polis menyerbu rumahnya, pihak berkuasa menemui dadah pelbagai jenis.

Sejak disabitkan kesalahan itu, posisi Rudd dalam AC/DC diganti pemain dram berasal dari Britain, Chris Slade bagi menjayakan siri konsert jelajah dunia kumpulan berkenaan.

Lihat Komen
ADS