Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Dalam satu temubual, anggota kumpulan Minor Threat, Ian MacKaye pernah menyatakan, padanya punk adalah satu "ruang" untuk dia menjadi diri sendiri, menyatakan pendapat serta bersua dengan individu yang bersependapat dengannya.

Walaupun "ruang" yang dikatakan itu bukan semestinya wujud dalam bentuk fizikal, tapi ia sudah menyatakan bahawa hampir setiap orang memerlukan unsur itu bagi membolehkan mereka menyatakan pandangan sendiri dan komuniti.

Seperti ramai maklumi, pada 28 Ogos lalu Rumah Api - yang selamat digelar "ruang" untuk aktiviti seperti pertunjukan muzik, jualan bebas dan kegiatan komuniti sekitar - diserbu pihak berkuasa semasa berlangsungnya satu persembahan.

Ekoran itu, pengunjung acara muzikal berkenaan ditahan reman selama tiga hari .

Semasa tempoh reman itu berjalan (dan juga selepas itu) banyak pihak yang bersolidariti untuk mereka melalui cara masing-masing.

Dari seluruh dunia

Salah satu kaedah dipilih adalah dengan cara menghimpunkan aksara demi menyata sokongan kepada mereka untuk yang terlibat.

Boleh dikatakan pelbagai bentuk sokongan memenuhi ruang catatan Facebook, sama ada daripada kalangan dalam atau luar negara.

Melihat dari situasi tersebut, sekumpulan punk rocker dengan kerjasama kolektif KIDAL mengambil inisiatif mengumpul coretan terpilih untuk dimuatkan dalam projek zine istimewa.

Menggunakan warna merah jambu dan setebal 40 muka surat zine Tribute Untuk Rumah Api itu memuatkan bermacam-macam tulisan serta gambar dari pelbagai negara.

Selepas 20 hari bertungkus lumus - bermula daripada proses menulis, mengumpul, mengedit dan mencetak - zine itu disiapkan.

Sengaja dicetak secara terhad (hanya 300 naskhah), Tribute Untuk Rumah Api itu dijual RM6 senaskhah.

Sebahagian daripada perolehan jualan zine berkenaan akan disumbangkan kepada pihak Rumah Api sebagai sedikit bantuan untuk proses pemulihan mereka.

KIDAL boleh dihubungi melalui akaun Facebook https://www.facebook.com/kolektifkidal untuk maklumat lanjut.


AHMAD WAHIB seorang penggiat projek Buku Jalanan.

Lihat Komen
ADS