Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bieber berbogel lagi
Diterbitkan:  Oct 8, 2015 2:57 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Sekali lagi penyanyi Justin Bieber mencetuskan kontroversi, dan kali ini gara-gara imejnya dirakam tanpa seurat benang pada tubuhnya.

Imej Bieber itu dirakam ketika dia bercuti dengan kekasih terbarunya Jayde Pierce di Pulau Bora Bora, Perancis, baru-baru ini.

Seolah-olah langsung tidak memikirkan malu, penyanyi berusia 21 tahun itu memperlihatkan susuk tubuhnya tanpa pakaian ketika berenang di satu antara destinasi paling romantik buat pasangan kekasih.

Dalam imej itu, Bieber dilihat menanggalkan jubah mandi berwarna putih dan turun ke kolam, sementara Jayde pula masih memakai jubahnya.

Bieber memang terkenal sebagai seorang penyanyi yang bermasalah.

Antara isu yang pernah ditimbulkannya adalah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah, kencing di tempat awam sambil melontarkan kata-kata kesat kepada gambar bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, dipercayai mempunyai kaitan dengan isu perceraian Miranda Kerr dan Orlando Bloom serta menggunakan kaki untuk membuang bendera Argentina di konsert yang diadakan di negara itu.

Selain itu, ini juga bukan pertama kali tersebarnya imej Bieber tidak berbaju.

Penyanyi What Do You Mean itu pernah memuat naik imej bogelnya dalam Instagram Julai lalu - juga di Bora Bora - tetapi ketika itu dia berada di atas sebuah bot mewah.

Bagaimanapun, tanpa diketahui alasannya, Bieber segera memadamkan gambar berkenaan.

Lihat Komen
ADS