Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Takdir Anggun di Eropah
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 10:51 AM
Dikemaskini: 3:03 AM

Penyanyi antarabangsa Indonesia Anggun Cipta Sasmi Raih tidak salah membuat perhitungan untuk mengembangkan kariernya di persada antarabangsa apabila usahanya itu diiktiraf.

Anggun penyanyi adalah kelahiran Jakarta pada awalnya menerima kritikan hebat daripada peminat kerana membuat keputusan itu di awal kariernya.

“Saya mendapat banyak kritikan kerana membuat pilihan untuk tinggal di luar negara dan memulakan karier pada peringkat antarabangsa,” katanya.

Penyanyi berusia 41 tahun itu menerima trofi khas sempena Anugerah Planet Muzik 2015 di Singapura baru-baru ini.

Jangan takut bermimpi

Pengiktirafan itu sekaligus mengetepikan tohmahan umum yang menyatakan keputusannya sebelum ini adalah salah.

“Penghargaan antarabangsa membuktikan saya membuat pilihan tepat,” katanya.

Anugerah Planet Muzik adalah majlis meraikan pencapaian artis membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kali ini Anggun pernah menerima penghargaan Diamond Sales atas pencapaian cemerlang mencatat jualan lebih sejuta unit albumnya di Eropah antara 1997 hingga 2015.

Anggun adalah artis Asia Tenggara yang pertama mencatat kejayaan begitu.

Selain itu, Anggun juga menerima pengiktirafan sebagai Artis Terlaris Asia di luar Asia Timur kerana penjualan tiket yang memberangsangkan seperti Triple Platinum di Itali untuk album Snow On the Sahara (1997) dan album Luminescence (2005).

Sementara itu dalam ucapannya, Anggun berharap semua pendatang baru dalam dunia muzik jangan sesekali menahan diri daripada memasang impian.

“Saya ingin menyampaikan pesanan kepada semua orang agar tidak pernah menahan diri daripada bercita-cita tinggi.

“Semua orang mampu mengubah takdirnya,” katanya.

Lihat Komen
ADS