Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Inul 'angin satu badan' dituduh ada anak luar nikah
Diterbitkan:  Nov 29, 2015 11:12 AM
Dikemaskini: 3:25 AM

Penyanyi Goyang Gerudi ada anak luar nikah?

Media di Indonesia melaporkan, Inul Daratista dituduh membesarkan anak yang terhasil daripada hubungan gelap sehingga terlahirnya kanak-kanak itu, Yusuf Ivander Damares.

Tuduhan baru itu menyebabkan Inul mengalami gangguan kesihatan - dia sering muntah, loya, sesak nafas dan bermacam lagi.

Namun Inul tidak mahu berdiam diri. Justeru dia menemui peguamnya, Hotman Paris Hutapea, dan membuat laporan polis di Metro Jaya.

Berdasarkan laporan itu Inul mendakwa Andar Situmorang menuduh anaknya, Yusuf, adalah hasil hubungan sulit penyanyi itu dengan individu tertentu.

Kata Inul tuduhan itu bukan saja mencemar nama baiknya, malah mengganggu perasaan Yusuf yang masih kecil.

"Orang yang membuat tuduhan itu saya kenali. Dia bukan orang baru dalam hidup saya," katanya,

Sebelum ini, kata Inul, Andar mengganggu hidupnya dengan tuntutan royalti.

Ulang-alik jumpa pakar

Tuduhan Andar itu dipercayai muncul selepas Inul dilihat bersama seorang lelaki Korea Selatan, Kim Soung Min.

Antaranya ketika Inul mengadakan sidang media berhubung pertikaian syarikatnya, Inul Vizta dengan syarikat Nagaswara.

Inul kini masih menjadi isteri sah Adam Suseno.

Selepas membuat laporan polis ditemani Hotman, Inul bertemu media untuk menjelaskan apa yang dilakukannya semalam.

"Anda tahu bagaimana susahnya saya dan suami mendapatkan Yusuf?" katanya dengan perasaan marah.

Menurut Inul, untuk mendapatkan anak tunggalnya itu dia dan Adam terpaksa berusaha dengan bersungguh-sungguh, termasuk mengeluarkan belanja besar menjalani rawatan klinikal.

Katanya, Yusuf, 6, adalah anugerah amat mahal.

"Saya disahkan tidak boleh hamil. JIka tanpa kaedah tabung uji, saya tidak akan ada anak. Bagaimana ada orang yang tergamak membuat tuduhan begitu," katanya.

Mengenai Kim, Inul menjelaskan ia tidak perlu dispekulasikan begitu jauh.

"Untuk mendapatkan Yusuf pun saya terpaksa berulang-alik berjumpa doktor pakar.

"Kalau anda tak percaya, silakan bertemu doktor itu," katanya merujuk kepada Dr Aucky Hinting yang bertugas di Hospital Siloam, Surabaya.

Alhamdulillah balik jkt✈️bismillah .... Kerja kerja kerja....💃🏻💃🏻💃🏻 pic.twitter.com/aZip269a5D

— Inul Daratista (@daratista_inul) July 22, 2015

Lihat Komen
ADS