Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Gabenor Jakarta berambut Mohawk? Tunggu 2017
Diterbitkan:  Feb 11, 2016 12:56 PM
Dikemaskini: 5:09 AM

Nampaknya Ahmad Dhani akan tetap mempertahankan gaya rambut ala Mohawk hingga bila pun waima jika ditakdirkan suatu hari nanti dia dipilih sebagai Gabenor Jakarta.

"Saya tidak akan ubah penampilan ini. Saya akan kekal begini," kata penyanyi dan pencipta lagu itu seperti dilaporkan portal Tribunnews hari ini.

Walaupun bergelar artis Ahmad Dhani memang dekat dengan persaingan politik di Indonesia.

Dalam pemilihan presiden negara itu pada 2014 Ahmad Dhani secara terang-terangan memberikan sokongan kepada Prabowo Subianto berbanding Joko Widodo.

Pemilihan itu kemudian dimenangi Joko Widodo.

Ditanya mengenai pandangannya terhadap Gabenor Jakarta Basuki Tjahja Purnama ( gambar ), Ahmad Dhani berkata dia lebih suka merahsiakannya buat masa ini.

Ahmad Dhani juga enggan mendedahkan bagaikana pendekatannya jika terpilih sebagai gabenor nanti.

Basuki - atau lebih dikenali dengan panggilan Ahok - dikenali sebagai pentadbir Jakarta yang berterus terang dalam semua hal.

Dia juga lantang menyatakan pandangannya tanpa mempedulikan batasan parti yang diwakilinya.

Parti Kebangkitan Bangsa mencadangkan supaya Ahmad Dhani dicalonkan sebagai Gabenor Jakarta dalam pemilihan 2017 kerana mengambil kira sumbangan ketua kumpulan Dewa 19 itu bersama pertubuhan berkenaan sejak 1998.

Indonesia mengamalkan demokrasi menyeluruh dalam pelantikan ketua kerajaan dengan mengadakan pilihan raya presiden, gabenor, datuk bandar hingga ketua kampung.

Sebelum ini penyanyi lagu Tenda Biru, Desy Ratnasari, dicadangkan oleh Parti Amanat Nasional (PAN) disenaraikan sebagai calon Gabenor Indonesia dalam pemilihan pada tahun depan.

Lihat Komen
ADS