Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
PU Zaid meninggal dunia
Diterbitkan:  May 5, 2016 2:56 PM
Dikemaskini: May 6, 2016 8:25 AM

Bekas peserta program realiti dakwah Pencetus Ummah musim ketiga terbitan Astro, Abdul Zaid Abdul atau lebih dikenali sebagai PU Zaid, 31, dilapor menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Difahamkan, anak keempat daripada sembilan beradik yang berasal dari Tawau, Sabah itu meninggal dunia selepas pengsan di dalam bilik air rumahnya, lapor Utusan Online.

Sementara itu akaun Facebook allahyarham membayangkan Abdul Zaid menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan rehat.

Pada 4 April lalu akaun itu menyatakan Abdul Zaid berada dalam keadaan "kurang sihat" dan penganjur majlis yang menjemputnya membuat ceramah dibenarkan mencari pengganti.

"Mohon doa para sahabat sekalian supaya PU Zaid kembali pulih seperti sedia kala dan dapat meneruskan dakwah dan perjuangan beliau semula. Ameen yaRabb," kata kemas kini itu.

Abdul Zaid adalah peserta Pencetus Ummah pada tahun lalu dan terpilih menduduki tempat ketiga.

Lihat Komen
ADS