Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jagat bawa nama Malaysia ke New York
Diterbitkan:  May 6, 2016 4:44 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Filem Jagat akan ditayangkan di New York.

Berita menggembirakan penerbit dan pengarah filem itu diumum di Facebook petang ini.

Jagat menjadi satu lagi filem yang 'suam-suam kuku' di pawagam negara ini namun terpilih untuk dipertontonkan kepada komuniti antarabangsa.

Beberapa hari lalu filem Redha diumum menjadi pilihan Lembaga Kemajuan Filem Nasional untuk dibawa ke Festival Filem Cannes di Perancis.

Redha tidak mendapat sambutan seperti diharapkan daripada penonton tempatan walaupun mengetengahkan tema menarik membabitkan kanak-kanak austistik.

Menurut kemas kini status di Facebook, Jagat menjadi pilihan mengisi slot di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-15 yang berlangsung antara 22 Jun hingga 9 Julai ini.

Sementara itu Subway Cinema Inc melaporkan sebanyak 15 judul filem akan ditayangkan sempena festival berkenaan.

Selain Jagat yang mewakili Malaysia, turut terpilih adalah produksi dari Filipina, Korea Selatan, Jepun, Thailand, Hong Kong, Taiwan dan China.

"Kami mempertaruhkan kumpulan yang meneroka wilayah jarang disentuh melalui filem Tamil Malaysia serta nasib masyarakat India tempatan pada 1990-an.

"Melalui filem pertama arahan Shanjhey Kumar, Jagat menceritakan kesusahan seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang terjerumus ke dalam dunia hitam bapa saudaranya, seorang ahli kumpulan penjenayah tempatan.

"Mengambil semangat Satyajit Ray (pengarah filem India yang dianggap antara yang terhebat di abad ke-20), kisah hidup anak muda itu diterima di NYAFF," kata laman sesawang Subway Cinema.

Lihat Komen
ADS