Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Van Damme contohi cara makan nabi untuk sihat
Diterbitkan:  May 6, 2016 10:10 PM
Dikemaskini: May 9, 2016 3:13 AM

Peminat filem aksi kebanyakannya pasti mengenai kelincahan dan kelasakan Jean Claude Van Damme di layar lebar.

Kini berusia 55 tahun keadaan fizikal dan mental pelakon kelahiran Belgium itu memang mengagumkan.

Dikenali sebagai pakar seni bela diri, Van Damme rupa-rupanya ada rahsia menjaga kesihatan diri.

Dia memilih makanan yang digemari Nabi Muhammad SAW.

Tidak cukup dengan itu Van Damme juga meniru cara makan Rasulullah.

Dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen Turki Van Damme berkata Rasulullah seorang manusia yang sangat pintar kerana tahu apa yang baik untuk masa depan manusia.

"Nabi Muhammad sangat bijak. Beliau tahu apa yang baik untuk masa depan, tentang tubuh manusia.

"Justeru lihatlah itu. Jangan tanya saya dan percayalah (dengan mencontohi nabi) anda ada apa yang anda perlukan," katanya.

Van Damme dikenali di seluruh dunia kerana banyak berlakon filem aksi.

Dia mempelajari karate ketika berusia 12 tahun dan pernah mewakili negaranya dalam kejohanan seni bela diri itu.

Selepas meningkat lebih dewasa dia mempelajari seni bela diri kickboxing.

Antara filemnya yang berjaya ialah Bloodsport (1988), Universal Soldier (1992), Street Fighter (1994), Sudden Death (1995) dan The Expendables 2 (2012).

Kata Van Damme makanan kegemaran Rasulullah ialah roti, gandum, minyak zaitun, kurma, sedikit daging serta air kosong.

Lihat Komen
ADS