Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jupe kecewa Paling Suka 69 dihukum tanpa soal
Diterbitkan:  May 24, 2016 11:00 AM
Dikemaskini: 3:23 AM

Selepas lagunya disenarai sebagai satu daripada nyanyian diharamkan, Julia Perez tampil mempertahankan dirinya.

Kata bekas isteri pemain bola sepak kelahiran Argentina itu, pihak berkuasa sepatutnya memaklumkan kepada penyanyi jika sesebuah lagu itu dianggap tidak sesuai disiarkan di media massa.

Bahkan, katanya, lagu yang dipertikaikan itu sudah diubah suai sebelum ini kerana dianggap lucah.

"Jika kita membincangkan sesuatu, ia harus bersandar kepada keadaan terkini.

"Bagaimana saya terus-terusan dihukum sedangkan saya sudah bertaubat?" katanya seperti dilapor media Indonesia hari ini.

Kelmarin Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Daerah (KPID) Jawa Barat mengeluarkan perintah melarang 13 lagu dangdut daripada disiarkan kepada umum di wilayah berkenaan.

Satu daripadanya ialah lagu Paling Suka 69 nyanyian Julia.

Dia yang lebih mudah dikenali dengan panggila Jupe juga berkata sesebuah irama cinta perlu adil untuk menggambarkan suasana yang dilagukan.

"Kalau bercinta memang boleh diceritakan dalam lagu. Kita perlu adil pada semua," katanya.

Sementara itu janda isteri Gaston Castano itu berkata dia tidak pernah menyanyikan lagu Paling Suka 69 itu di televisyen.

Namun dia bersedia menyesuaikan lirik lagu berkenaan jika diarah oleh pihak berkuasa yang memantau aspek penyiaran di Indonesia.

Katanya, ia boleh dilakukan supaya lagu itu tidak diharamkan secara mutlak.

"Saya minta pihak yang berkenaan maklumkan apa yang perlu diperbaiki supaya kita nampak sama-sama cerdas," katanya.

Selain Paling Suka 69 yang termasuk antara 13 lagu diharamkan, satu lagi lagu Julia dikenakan sekatan terhad.

Belah Duren nyanyian Julia, 35, dikategorikan sebagai lagu terkawal dan hanya boleh disiarkan di radio atau televisyen selepas jam 10 malam.

Lihat Komen
ADS