Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aswara akan jadi Universiti P Ramlee
Diterbitkan:  May 24, 2016 2:33 PM
Dikemaskini: 6:42 AM

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan dinaik taraf sebagai sebuah universiti selewat-lewatnya Oktober ini.

Ia akan dikenali dengan nama Universiti P Ramlee, menurut laporan di Twitter Bernama Radio.

Dekan Pusat Pengajian Pasca Siswazah Kursi P Ramlee Aswara Prof Datuk Dr Baharudin Ahmad dilaporkan sebagai berkata, Aswara mampu berperanan sebagai universiti teknologi kesenian dan budaya negara.

Pusat pengajian itu, katanya lagi, kini dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan berteknologi tinggi serta studio.

Justeru, dalam usaha ke arah penarafan itu, Dr Baharudin berkata pihaknya akan menganjurkan “Program P Ramlee 87 Tahun Dalam Kenangan” di Aswara selama tiga hari bermula 27 Mei ini.

Aswara kini mempunyai 800 pelajar.

Ia menawarkan lapan program diploma dan ijazah dalam bidang tari, muzik, animasi, pengurusan seni dan penulisan kreatif serta pusat pengajian pascasiswazah, selain kursus ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PhD).

Lihat Komen
ADS