Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Angelina dilantik pensyarah tamu LSE
Diterbitkan:  May 25, 2016 7:38 AM
Dikemaskini: 11:42 PM

Sekolah Ekonomi London (LSE) melantik Angelina Jolie sebagai pensyarah jemputan bagi membantu penuntut sarjana di institusi pengajian tinggi paling berprestij di Britain itu.

Media melaporkan pemenang Oscar dan duta khas PBB itu akan bekerjasama dengan penuntut mengambil kursus Wanita, Keamanan dan Keselamatan.

Seorang lagi tokoh dilantik ialah bekas Setiausaha Luar British William Hague.

Selain berlakon dan mengarah filem Angelia, 40, aktif dalam aktiviti kemanusiaan dan pernah melawat beberapa negara yang mengalami konflik perang di seluruh dunia.

Dia juga terlibat secara aktif dalam kempen kesedaran melawan keganasan seksual terhadap wanita.

Dalam kenyataannya hari ini Angelina berkata dia berharap institusi pengajian tinggi yang lain akan mencontohi LSE.

"Sangat penting untuk kita membincangkan langkah memperjuangkan hak wanita dan hukuman ke atas penjenayah yang menjejaskan wanita, seperti keganasan seksual dan keganasan dalam perang," katanya.

Mengenai tugasnya di LSE, Angelina berkata dia akan mengajar - dan belajar - mengenai hak wanita yang diperjuangkan bersama kerajaan dan PBB.

Angelina juga akan berkongsi pengalamannya dalam bidang itu di depan penuntut LSE.

Lihat Komen
ADS