Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sutung Umar meninggal dunia
Diterbitkan:  May 30, 2016 6:35 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Sasterawan dan bekas Pengarang Dewan Sastera Sutung Umar RS meninggal dunia kira-kira jam 4.15 petang ini.

Allahyarham berusia 68 tahun.

Ketika mudanya Sutung aktif bersama penggiat teater Dinsman dalam Grup Teater Elit. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarang sastera Berita Harian.

Sutung atau nama sebenarnya Wan Omar Wan Ahmed dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1948.

Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dari Universiti Malaya pada 1982 sebelum berkhidmat di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera serta bahagian majalah.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera dan di Bahagian Majalah.

Menurut anak beliau Wan Murni Wan Omar, allahyarham menghembus nafas terakhir ketika azan asar berkumandang petang tadi.

Katanya, jenazah sedang diuruskan untuk urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata.

Lihat Komen
ADS