Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Depe nafi buat aksi goyang panas dalam mabuk
Diterbitkan:  May 31, 2016 12:48 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Dikecam orang ramai, penyanyi dangdut Dewe Perssik mengakui keghairahan melampau di atas pentas menyebabkan dia sering terlupa lirik.

Sambil menari dan menghayati irama berkumandang, Dewi berkata dia dipengaruhi suasana di atas pentas dan terdorong melakukan pengubah suaian.

Keadaan itulah, katanya, menyebabkan kadang-kadang dia terlupa menyanyi.

Namun penyanyi dilahirkan di Jember, Jawa Timur kira-kira 30 tahun lalu itu menafikan dia mabuk atau berada di bawah pengaruh alkohol.

“Kalau menyanyi saya dipengaruhi suasana selain melihat semangat penonton sehingga boleh terlupa lirik," katanya dilaporkan media Indonesia hari ini.

Dewi - atau lebih popular dengan panggilan Depe - diminati ramai kerana aksi uniknya di atas pentas. Jika Inul Daratista dikenang ramai kerana gaya "goyang gerudi" Dewi pula mencipta nama dengan aksi "goyang gergaji".

Nama "persik" itu pula merujuk kepada buah pic yang dianggap membawa tuah mengikut budaya Cina. Dewi mempunyai darah campuran Cina daripada keturunan terdahulunya.

Selain menyanyi dia juga terkenal sebagai pelakon. Salah satu filem lakonannya ialah Mr Bean Kesurupan Depe.

April lalu nama Dewi menjadi buah mulut peminat dangdut kerana tampil dengan gaya seperti orang tidak waras.

Kurang senang dengan gaya goyang panas itu ramai orang mula mencaci Dewi.

Dia kemudian mengakui orang dalam klip video itu memang dirinya dan walaupun anggota badannya terdedah, ia masih 'terkawal'.

"Jika saya sudah terlalu asyik dengan muzik, saya sukar untuk terkawal.

"Bagaimanapun sebenarnya saya masih berseluar panjang berwarna kulit.

"Kalau ada yang tak suka, saya minta maaf," katanya.

Sekali lagi Dewi mendakwa dia bukan mabuk ketika melakukan aksi panas berkenaan.

"Bukan saja saya tidak mabuk, merokok pun saya tidak," katanya.

Lihat Komen
ADS