Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Salman menyesal terlajak celupar
Diterbitkan:  Jun 25, 2016 3:04 PM
Dikemaskini: 7:10 AM

Kerana mulut Salman Khan nyaris binasa.

Disebabkan tersasul menyamakan pengalamannya berlakon sebagai penggusti seperti wanita selepas dirogol pelakon filem Sultan itu dikecam hebat pelbagai pihak baru-baru ini.

Walaupun dia segera menyedari kesilapan itu, kecaman terus datang bertali arus sehingga memaksa bapanya tampil meminta maaf bagi pihaknya.

Kini Salman belajar suatu ilmu baru - kurangkan bercakap.

Ketika diminta berkata sesuatu di sidang media Anugerah Akademi Filem India (IIFA) di Madrid kelmarin, Salman enggan bercakap banyak.

"Ini majlis yang panjang. Saya akan ringkaskan saja," katanya.

 

Kenyataan itu menyebabkan penonton kecewa dan meminta dia bercakap lebih banyak.

"Bagi saya, lebih sedikit saya bercakap adalah lebih baik," katanya.

Awal minggu ini Salman - ketika mempromosi filem terbarunya - berkata pengalamannya berlakon dalam Sultan begitu menjerihkan.

Rogol isu sensitif

Katanya akibat kesakitan bergasak selepas penggambaran dia berjalan "seperti wanita selepas kena rogol".

Dalam rakaman audio yang dimainkan di stesen televisyen India, beberapa wartawan didengar ketawa dengan kenyataan Salman.

Bagaimanapun sebenarnya kenyataan Salman tidak terhenti di situ saja. Selepas itu dia mengakui komennya mengaitkan mangsa rogol sebagai sesuatu yang wajar.

"Apabila saya berjalan keluar dari gelanggang (selepas beraksi sebagai penggusti di depan kamera), rasa seperti wanita selepas kena rogol," katanya.

Isu rogol begitu sensitif di India kerana kes serangan seksual berlaku dengan meluas dan sangat ganas, termasuk di kalangan pelancong asing.

Antara insiden paling diingati ialah kejadian rogol beramai-ramai ke atas seorang penuntut dalam sebuah bas. Mangsa kemudian dicampak ke tepi jalan selepas diperkosa.

Kejadian itu berlaku pada 16 Disember 2012 di Munirka, selatan Delhi. Mangsa akhirnya menghembus nafas terakhir pada 29 Disember.

Lihat Komen
ADS